Friday, February 10, 2012

"1st year Ohsemm Anniversary" - blog remyhazza

Ok chup chup nak wish Happy 1st year Anni yer utk  blog Remyhazza nie. Happy besdayyyyy to u... Happy besdayyyy to u... Happy besdayyyy to... eh! silap lagu la. Ada x lagu Happy Anni ek? hehehe. Semoga Remyhazza sentiasa n terus rajin berblogging kay? Walaupun tak mena-mena ada blog kan? 
* Sama la cam i tetiba terrrada blog kan kan?

Shooo ohsemmmmm kan? Jeles betul laaa.

Ok sempena 1st year Anni nie, Remyhazza ada anjurkan segmen. Ha pilih 5 yang bertuahhh as pemenang tew, banyak tew. Baikkan him? Semoga dimurahkan rezki. Aminnnnn. Ok cam biasa i pun terasa nak join.. Arini last before jam 12pm, last minute attempt. Pasti bley berjaya nie (mode perasan sambil buat muka gorjes mata keatas). Ala cam last minute baca buku before masuk dewan pekse tue, confirm apa yang korang baca masuk pekse kan? Jum la korang lincah join ramei-ramei. Lagik sengit nak rebut 5 hadiah tue.

Ok, sebenarnya yang sangat amat paling spesel tentang blog Remyhazza nie adalah (pasti korang dah bley teka kan?) adalahhhhhhhh tang makanan. Pasti kecuh air liur. So ohsemmmm food. Kadang tue makanan biasa jer tapi nampak sungguh menyelerakan. Perut yang kenyang pun bley jadik lapar. Nak masuk blog him, iman kena kuat (bagi yang berdiet bagai la kan). Kalo tak confirm korang p carik something untuk kunyah-kunyah. Laghikkkkkkk gerammmmmmm n sakittttttt hatiiiiiiiii biler tau ada food masuk tong sampah. sob sob sob.

Haaaaihh Haagen-Dazs, kan ke sedap kalo buang dalam mulut i huhuhu [Source : Blog Remyhazza]
ohhhh tiba tiba rindu satay ayam :( [Source : Blog Remyhazza]

Haaaa apa ag, korang p la jamu mata terjah blog him. Kalo x tahan tunggu lunch hour p balas dendam kat cafe kay. Hehehe. Saper nak join p klik kat banner laju laju skit k? Nanti lambat x sempat join, jangan salahkan i kalo dapat adiah (perasan kali ke-2). Sorry!


Juz Bebelan LidiaSuraya : Ada idea x segment apa yang paling best untuk Life Juz Begin's Blog ni? Ermmmmm

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #7 : Terukir Di Bintang 1000 Tahun

Korang nampak x bintang? Cepat carik...
Sayangku, Jangan kau persoalkan siapa dihatiku, Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...(pengsannnnnn)

I have loved you for a thousand years, I love you for a thousand more...
(pengsan lagik)

Juz Bebelan LidiaSuraya : I memang kuat bebelkan? x gheti-gheti konsep WW. Sorry!
* Ok VC tiada kena mengena ngan sesape, its juz lagu yang sangat ssheeeweeeet kan kan kan? 

Monday, February 6, 2012

Azuuuuuuraaaaaa ke Neelofaaaaaaa?

Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayangggg
(Ewawawawa tertangkap feeling plak)

Ok apa ag kalo dah nama lagu pun Azura... Mestila nk ngomen pasal Neelofa... Eh silap pilemmmm Azura. Ok this pilem baru je jengah panggung pd 2 feb aritu. Dibintangi oleh Neelofa n Shah Jazle dibantu oleh Adlin Shauki, Erma Fatimah dll. Maka lepas terbaca review kat SINI. Apa ag lincahhhh la cr panggung, bukan nak tengok pilem ni sangat pun. Yang benarnya nk tengok Neelofa. Boleh gitu? Salu asik tgok she masuk melodi n kuwa magezine je. Lantas terpanggil la daku nk tengok minah ni berlakon. Wawawawa. Ye laaa fofular kemain ag lately ni kn...
Its turqoise! Huhuhu
Ok this pilem menceritakan pasal episode cinta-cintun yang dihalang oleh keluarga Zek lakonan Shah Jazle ( anak tan sri teeew). Ye laa Neelofa kan x setaraf wif them, anak yatim yang dijaga oleh makciknye (Erma Fatimah). Paling suka watak Tan Sri Puteh (Adlin Shauki), sangat cool n lakonan yg baik la. Sangat menghalang cinta them demi kebaikan anaknya. Tapi Zek's sister, sangat laa annoying ok utk pisahkn Azura wif Zek. Tapi walau ditentang pun, depa tetap berkahwin lepas dapat restu Zek's grandma. Then mula la episode depa berkonflik rumahtangga lepas Zek dideny hak him as anak Tan Sri. So nak tau ending nya? Korang p la panggung sendiri kay? Hahaha.

Jalan cerita? Huhuhu bagi i pilem ni x sehebat azura yang dolu dolu. Lagi padat n mantap jalan ceritanya. This pilem cam sangat cepat. Tiba tiba itu, tiba tiba ini. Ehh camtu dah? Eh camni dah? So kesimpulannya this movie cam mengetengahkan Neelofa je... Nasib la ko santekkkk, sejuk laa ati penonton skit kan kan? Also pemandangan yang sejuk, kat Parissssss la gamaknya.

Ok now review about neelofa plak (suka suki nak review her,hehehe). She is really hot n sangat santek ok. Damn, she look super gorgeous in turqoise. Huhuhu Ok nangis sat. Now i know why lately she naik melonjak tiba2 kn. Memang ada pakej yg baekkkk utk pergi jauh. Lakonan she pun not bad as pelakon baru n look sangat serasi wif Zek.

Azuuuuuuraaaaa,
Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rinduuuuuuuuuu
(Eh tersambung nyanyi plak,lalalala)

Juz Bebelan LidiaSuraya : Terlambat masuk panggung. Kan dah termiss 5 minit pertama. Eh! Ok kesimpulannya, bukan senang nak senang n bukan susah nak susah. Ngerti ?

Thursday, February 2, 2012

Jengah Jum Felda Residence Tanjung Leman

Arini terasa nak stori pasal hotel review la pulak. Asik citer pasal gadget jer. Ok meh amik mood bercuti dengan review Felda Residence Tanjung Leman. Januari lepas, sempat laaa i men'chek-in'kan diri kat sini. So meh share skit about this resort k? Mana tau korang berkenan nak p ke kan?
Felda Residence Tanjung Leman. [Source : Google]
Ok dari Skudai ke Tanjung Leman ni take about 120 km gak. Lebey kurang sejam lebey la gak perjalanannya. Agak jauh ke dalam gak resort nie. Dah namanya Felda Residence kan? Harus laaa dalam kawasan Felda kan. 
Lobby : Luas terbentang...
ok lobby sangat luas n rasa welcoming jer. Ada souvenier shop jugak kat kanan tu. Staff pun sangat friendly n baekkk jer layan i borak-borak (ke i jer memang ramah taman.. ngeeehhhh). Ok jum layan gambar je laaaa

Tue die...masuk-masuk akan nampak tersergam 2 menara nie... Ok resort nie 2 tingkat jer. Jangan la korang berangan nak request tingkat tinggi-tinggi atau nak yang jauh dari lif. keh keh keh.
Ok hasil soalselidik i (again ayat cam nak buat proposal phd acehhhhh), Resort ni baru jer beroperasi since Feb 2011. Patut laa semua serba baru jer. Kat sini room rate from RM2++ ke RM4++ hokkeeyyy. Tapi for me biliknya biasa-biasa ajerrrrrr.

Ha bilik kira luas jugak.Bley main lari-lari hehehe. Katil pun empuk jugak. Sori gambar nie i snap lepas nak check out sebab waktu sampai dah letih terus gedebushhhhhhh dalam pool eh! See x serak pun kan? Eh!
ok ada kerusi santai camni waweiiiii n memang mengadap laut laaa kan bilik ni. Buat kira-kira muat 2 orang tidur kat sini.
Haaa toleh kanan. Shower room yang luas. Air panas 3 minit pertama, pastu bertukar super sejuk. Ewwwwww air kolam ke apa? Frust. :(
ha toleh kiri. Aduyaiiiiiii x der bath tab. x ley nak berendeeeemmmmm huwarghhhhhh merajuk la. Frust ag!
Ok nasib ada shower cap. sukaaa sukaaa sukaaaa.Ada orang suka kumpul toileteries kan? Eh! Tapi i suka kumpul pensil hotel.
ok my room yang paling tepi. Kira corner lot laaa eh ke end lot. Apa-apa la. Pada rege normalnya RM260. x der gov rate ok. gilerrrr la. tak hargai daku betul. grrrrrr.
Breakfast plak di Sibu Brasseries Coffee Hours.Bley pilih nak santai beropen air atau beraircond air. Menu today ada nasi lemak, mee goreng (sedap ok), kueh teaw, ayam goreng dan beberapa pilihan lain. Pilihan tak berapa nak banyak tapi ok laaaaa.

Meee goreng yang sodap.
Haruslaaaa ada ommelette n jus guava. dah cukup buat i tersenyum kenyang
Aktiviti kat sini harus laaa termenung-menung di tepian pantai yang santek (sila jangan mandi ketika bendera merah ok? bahaya), berenang-renang di pool yang luas, bergymmmm (amalkan gaya hidup sihat) n also ada karaoke room. 
Ayuh bercanda-canda ke pantai
Pool yang sangat luas terbentang. Seluas mana pun cam tak pernah puas berenang-renang ok. :(
Ada ke patut bagi i free karok pada jam 7-830 mlm? Ewwwwww kan magrib tu n nak masuk isyak. Kot yer nak bagi free bia laaa ikhlas n bagi proper time.
Percaya tak i tak pernah g karok inikan mengarokkkk ehhh. wahhhh sopan plak daku. ceh!
Kat sini keadaan agak sunyi sepi bile malam. Tapi ada laaa beberapa gerai makan malam. Sedap-sedap orang sini masak, really masakan kampung.Yang sebenarnya resort ni dekat dengan Jetty ke Pulau Sibu.  So kat Jetty tue ada KFC gak. Malam-malam KFC nie jer yang gah bernyala. Yang lain surammmm n serammmmmmmmmm heeeee heeee heeee heeee (eh ada gaya hilai kum kum tak?) Ok kesimpulannya duk jer layan astro in room di malam hari k lepas makan tue.
 
Ok bagi i resort nie sesuai for those yang nak g jauh dari kebisingan kota n nak menghayati suasana kampung n layan pantai. For those yang nak berlibur-libur malam, sangat laaa tak sesuai. Yang paling sesuai for those yang nak berteam-building n berfamily day. Memang tempat yang sangat sesuai kerana banyak sangat aktiviti dan kemudahan outdoor yang bersesuai. Seminar pun ok coz seminar roomnya agak besau jugak n selesa. Untuk info lanjut ley lawat SINI

Sangat recomended for teambuilding n family day. Ishhh baru perasan tak der sekeping pun I snap my pic myself . huhuhu down betul laaaaa.
Ha dah dekat. Apa kata next trip to Jakarta. eh silap Sibu Island Resort?
Juz Bebelan LidiaSuraya :  Amik aura bercuti dikala hari yang panjang today...Ingat yer sila amik gambar bebanyak while bercuti-cuti kelak. Nanti nyesal. Huhuhu. Nikon1??? Ehhhh

Tuesday, January 31, 2012

WISH LIST #2 : NIKON 1 | Tapi cam jatuh hati plak

Wewiiit gantengkan En Nikon 1 nie kan? Im sooo alergic wif White! Bley tak keruan ok! Eh. [Source : Google]
REGE :
Ada 2 versi nie n 5 pilihan warna. Mine? Haruslaaaaa putih kan.. (sambil senyum leret)
J1 : From RM1899 to RM2499
V1 : From RM2788 to RM3188
* kata tauke kedai, J1 untuk beginner V1 untuk advance (ye jer tauke nie kelentong i, mentang-mentang i tak der tokoh muka paham bab-bab camera  ni. So ye kan je la kan.)

TABUNGAN :
Masih RM0. Baru jer abis korek p tunaikan WL#1 n also reward diri sempena ujung feb ni  nanti  (YES! alasan yang kukuh untuk berbelanja tanpa rasa bersalah sikit pun is REWARD DIRI). So berangan je la lelama nak dapatkan NIKON1 ni kan?

Lincah jer g servey as if esok nak beli. Tapi ada yang black jer waktu ni. Tapi memang ringan la x yah lenguh tangan angkat DSLR.Tapi tabungan belum mencukupi. (eh banyaknya tapi huhuhu )
JUSTIFIKASI :

I suka bergambar. Ceh takat amik gambar sendiri guna henphone jer pun boleh kan. Ermmmm manusia memang tak penah puas n bersyukur ngan apa yang die ada. Maka dengan anggapan, En Nikon1 nie  bley  snap gambar guna hati n muka i makin santek n bujur sirih kot. akekekeke perasan sungguh.

I suka berjalan situ sana sini. Maka saiznya yang chechomel n ringan sangat sesuai. x ler rebehhhh bahu nak angkut cam DSLR tu kan? Lagipun handbeg I pun dah bapak besar dengan segala mak nek duduk dalam tu. 

3-inch LCD monitor wif crystal clear resolution. Besar okeh, sesuai untuk i yang rabun rabun ayam. Oh please la nak jengah - jengah kat tingkah kecik (apa entah namanya) kalo guna DSLR tu. Pastu mekap I pasti akan melekat kat cermin display tue.x sesuai x sesuai. 

Walaupun Nikon1 ni sungguh kecik chechomel tapi bley add lens DSLR tapi kena ada adapter. Tauke kedai nie kata ag, rege adapter tu RM6++. wah wah harga tahap sentap kejap. Eh ada kait mait ngan I ke?  hohoho. Tapi erti kata lain bley laaa berangan pakai DSLR lens even kamera ko kecik chechomel je. Tapi lens haaaa gedabak besau. Hahaha sure lawak giler kan. Tertonggeng body Nikon1 nie nak tampung lens.

Tapi kan... di akhir tauke nie duk promote Nikon 1 ni.. taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangggggggggggggggg

Mana lagik ganteng??? Grrrrrr x dapat nak buat pilihan. Di persimpangan dilema. Aceh!

WoooooWooooo OLYMPUS PEN E-PL3 nie macammmm lagi COOL. Banyak ready made function.  Hokkeyyyyyyy. Tauke nie siap demo snap my pic. Ha kan I dah terjatuh hati kat En Olympus ni. (bukan  jatuh hati kat tauke kedai tau!)

Function Auto Touch-up : Sekali snap terus ada b4 n after touch-up ok. Ha kelas muka i terus cam lepas tepek bedak. Suci betul, walaupun hakikatnya muka berminyak seribu. 
Function Blur-Blur : Focus kat muka n blakang blur-blur... aku memang suka sangat snap-snap pic camni.
* Tauke kedai amat baik n penyampaian berkesan

Juz Bebelan LidiaSuraya : Soalannya, mana lagi ganteng? En Nikon1 @ En Olympus PEN EPL3?

Friday, January 27, 2012

App Store : 5 Apps Wajib Iphone!

Ayuh sesi ber"AppStore". Baru-baru nie mengiler plak i nak doload app utk my new iphone. Tiba-tiba idea muncul (wink wink) nak buat satu segment "App Store". Juz to share app yang berguna wif korang disamping korang pun share app best utk i try okeh? Deal? or no Deal? eh rindu plak kat game show Deal or No Deal ni. 
Hahaha berjaya merealisasikan WL # 1. Senyum leret la tue dah ada teman baru.
Ok, Kajian yang dilakukan secara rawak terhadap henpon teman teman iphone i (acehhhh bunyi cam buat kajian phd plak). x per amik auraaaaa dulu. Sebenarnya nak citer, bagi pandangan i la kan, ada 5 apps yang wajib ada dalam iphone nie. Korang setuju tak?

lepas kena scrub iphone i yang hitam manis dah tukar jadik putih... ok i tipu. Meet my new Cik Siri  yang putih gebu. Awwwwww. Tapi i still miss my pinky iphone yang lama menghilang huhuhu. Hope one fine day nanti ia kan kembali pulang (mode berangan).
1-  Facebook


Ha yang ni tak yah terang dah. Confirm ada. Ada sama korang nie pengfb tegar atau tidak jer. Dulu pnh ada isu fb via iphone lmbat hapdet. tp la ni rasanya dah ngetop balik servicenya. I dah lama gile weiii tak update fb. Last status updated adalah pada 6 september 2011!!! wooowooo rasa tak caya plak berjaya menjadi pengfb yang tidak tegar. Dulu my frend pernah label me si suka "hapdet status" eeeeeewwwwwwww!

2- WhatsApp



Haaa i rasa ni paling top messenging app. Free tue. Saper x nk kn? Lagipun Whatsapp nie paling boleh dipercayai. Kira message korang confirm sampai la n also ada double tick to notify korang message delivered. I sangat suka ini app. Jimat bil bulanan i. sukaa sukaa sukaa!





 3- Viber



Haaa ni free call via tenet line. Quality depend on ur tenet coverage.
Tenet ngetop call korang pun ngetop. Tenet **** so ada harapan sore jd robot. hahaha! Tp FREE kn. So sendiri ingat ok. Messaging pun ada tapi cam tak ley harap. Salu jer hegeh-hegeh nak delivered msg.





4- Tango



Kechiwa facetime only works while both (caller n receiver) on wifi? So this tango will help u.Its an app utk ajar korang menari ehhhh silap utk korang facetime/video call secara free via tenet line jugak. x yh riso bila  kejauhan & rindu n nak sibuk2 carik wifi.





5-Torch Light

Amaran keras!!! Haaaa korang kena ada ni! Dulu waktu i baru-baru beli iphone punya semangat promote ngan teman-teman (selaku promoter iphone n digi yang tak berbayar.) Selamba je My friend nie ni anjing2 kn i. Kuwar henpon nokia n suluh mata i ngan torchlite. "Ko ada?" Pehh waktu tu i x jumpa ag app ni. Terbakar la i. Bila dah jumpa this app. Bukan kata torchlite jer, lmpu disco pun ada. Bakar balik beb. "Ko ada?"
So iphone user better korang doload k sblm terkena cm i. Hahaha




Okeh tu je 5 app wajib kot dalam iphone anda. Banyak ag app yang berguna nanti i sharekan ag ek. But before that, as a blogger korang harus laaaa ada ......



BLOGGER - yes! wajib ada! untuk memudahkan korang hapdet blog korang k? Waweiiii. Selamat berbelogggggggggg.








Juz Bebelan LidiaSuraya : gigih men game plak. Jum share app game-game menarik? 

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #6 : Layang-Layang Petang

Main layang-layang bagaikan mengawal sesebuah hubungan kan? Kena pandai hulur tali n tarik bile perlu. Kalo sentiasa di sentap maka putus laaaa layang-layang tu atau terus-terusan hulur tali pun akan terlepas juga layang-layang tu . So pepandai la korang bertolak ansur dalam perhubungan ok.
Juz Bebelan LidiaSuraya : I x pandai main layang-layang. Dari kecik pandai tengok jer n sangat suka tengok layang-layang petang nie kat awan nan biru. Sooo tenang.
 

Friday, January 20, 2012

Tonton Ariana Mikhail

Yup... Dulu fenomena Tentang Dhiya la ni plak baru bermula Ariana Mikhail plak. Baru episode 2. Rerasanya akan meletup cam Tentang Dhiya x citer ni? Dua-dua lakonan Nora Danish tu. I sangat like ini feremfuan tau, coz for me she sangat chomel n sangat la lembut n x der laa layan gosip-gosip wif mana-mana guy n yet she shoooo innocent kn plus her cheekbone sentiasa blush. Really hot mum ok! Tapi tetap gak ada guy yg x pandai appreciate her kn. Poor her. 

Layan.. Tonton.com. I mmg asik terlepas nk tgok kt tb. Sib baik laaa ada tonton.com... Ngehhhhh
If Tentang Dhiya, she belakon as gadis kampung yang sangat innocent 
but dalam Ariana Mikhail ni she as wanita bandar yg belajar di state n bercuti di Paris n terjatuh hati kat Mikhail plak.(gadis kampung or bandar she tetap maintain cun ok)


If Tentang Dhiya berkisahkan kisah cinta yg penuh halangan dan dugaan kan until akhirnya kedua2 nya terkorban dalam mempertahankan cinta mereka. 
but dalam Ariana Mikhail ni, cinta her wif mikhail cepat betul berbalas n mekar. Baru episode 2, mikhail nk marry her dah ... I guess mesti lepas kawin sure byk dugaan kot? (tapi cinta sejati memang akan banyak halangan gaknya kan?)

If Tentang Dhiya end up wif a sad ending (huhuhu nyampah betul). X puas hati betul ngan ending this story.
but dalam Ariana Mikhail ni, rerasanya happy ending ke sad ending? Huhuhu jum sama2 kita layannnnn n tunggu ke penghujung cuter ni kay?

Lagu OST Ariana Mikhail : "Sedang Apa & Dimana" Sammy Simorangkir

Also jum Tonton Vanilla Coklat.  

Plg x bley blah bl that gurl x tau lipat kain n also kuat nyepah. Lalalala..
Baru episode 5. Kisah 2 orang yg berperangai jauh berbeza tapi kena paksa kawin. Kira family arrangement la dengan harapan perangai anak-anak depa Amir (jejaka yang suka berfoya-foya ) n Zara (gadis yang x pandai langsung buat keje umah. All provided. ) berubah. Mesti endingnya depa luv each other kan? kan? kan?
 
 Lagu OST vanilla Cokelat : "Penerang Hati" 6ixth Sense Feat Saujana
Engkau Penjaga Hatiku, Pendamping Jiwaku, Cerahkan Cintaku, Cinta Yang Abadi

Lagu OST vanilla Cokelat juga : "Tapi Bagaimana" Spider Sedap gak this song. Layan ag.

Ha cuti raya cina panjang kan, apa ag layan Tonton citer Ashiteru plak. 
Lokasi pengambaran kat Pulau Pangkor tu. I likeeeeeeeeee
 Baru episode 6.  Nie pun lawak jugak n satu ag kisah cinta kawin paksa.(wujud ag ke dalam alam nyata bab-bab kawin paksa ni ek?) Haaa Dari kereeek (nyombong) x pasal2 mamat tu dendam n nk bergurau n tak pasal2 gak kena kawin. Amikkkkk ko! So moral of the story. Jgn sombong2 ok.


Lagu OST Ashiteru yang best (tapi lagu lama dah nie) : "Cinta Gila"  Grey Sky Morning . Layannn

Juz Bebelan LidiaSuraya : Banyaknya citer-citer cintan lately. X der ker kisah kekeluargaan ke? Ada x citer best sempena this CNY ek? Layan.... Also jangan lupa makan prosperity berger okeh? Haruskaaaa??? Hahaha Ok. "Happy Holiday" yer teman-teman. Jangan lupa balik kg, kunci pintu n bawak kete hati-hati!

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #5 : Wish Me Luck

Naziran ICT yang julung-julung kalinya after 4 years services. Hohohoho. Akutttttttnya. Also mengelabah minitkan all memo/surat/ permohonan yang julung-julung kali juga diamanatkan. Hahaha (evil laught). Abaikan signature yang chomel tu. Hanya laku dalam tempoh terhad.
Juz Bebelan LidiaSuraya : Semua orang berbengkel strategik di Permaisuri Beach Resort, PD. Kalo kat Grand Lexis mau ai hentak-hentak kaki nak ikut. I kena tinggal dek kerana naziran ICT.Teman-teman wish me luck kay.

Wednesday, January 4, 2012

Wordless Wednesday #4 : HOTspring

Jangan disangka air tenang tiada buaya! Eh silap, jangan disangka air tenang selamat nak terjun! Panas weiiiii.


Juz Bebelan LidiaSuraya : Jangan sangka orang yang senyap & mendiamkan itu tiada hati dan perasaan. Mungkin, sekali dia bertindak memang diluar jangkaan kita. Huhuhu. Hati-hati meniti kehidupan ok.