Wednesday, May 2, 2012

Terasa... Terasa...

Ok bosan petang-petang ari, meh kita layan orang ngengader eh silap c tekak ngegader. Ok normal tak bagik korang bila sakit... Mula la tekak ngengader... Korang rasa kenapa? Tekak yg ngegader atau korang yang ngegader? Hahaha. Tapi dah adat kalo sakit mesti la nak ngegader skit. Baru la nampak sakit .Jum layan c tekak ngegader ni...

Taraaaa perkenalkan McFlurry Horlick baru pada limited time only. Sedap ok. Teringat dulu salu  ratah horlick kat dapur. hewhewhew.

Teringat waktu sakit kecik-kecik, i suka jer biler sakit nak ngegader tekak ni, nak Koko Krunch, nak Air  Kotak Dutch Lady, nak Cokelat Mars. Ha nanti mula la My babah kesayangan sampai  sehari dua dah baik sakit pun, he akan tunggu i waktu rehat wif pesanan-pesanan penaja tue. Masa tue mula la muka bongkak,  makan ngap ngap tak toleh kiri kanan. I luv u la babah! Muahhhssss. 

Ha amik ko layan tekak, air jer bernilai RM62.50. Layannnn tekak tak sedap la katakan. Semua air nak rasa bagik sedap. Ehhh valid ke camtue?
Mulaaaa laa terasa nak makan itu ini plak. Alasan tekak x sedap, aceh konon! Mee hun sup la, bakso la, steamboat la, kew teaw ratna la, up skit nak kfc la, mcflurry horlick la... tutty fruity la...

Haaaa terlibat dalam episode ngegader tekak kali ini. Tapi series sedap. Dapatkan di FoodCourt Kipmart Masai.
Harussss la tak tinggal dari ngegader tekak nie nak Pizza. Sungguhpun lambat, x der hal. Janji nanti i claim Pizza Percuma dah leret senyum tue.

Up lagik... la ni nak maccarooonnnnnn !

Aduyaiii air liur dah memeleleh n memenjejes berhari hari nie. Source | Google
Kat JB ni bukan senang nk carik org jual makharon ni, oooo tekak ko ngader ngade yer? Nasib laa ko ni sakit, sabarkan je melayan ko ni satu satu ko mintak yer.. Cepat laa sembuh sayang oiiii nnti makin banyak ko mintak, kalo takat mintak roti tampal goyang ke mee goreng mamak ke senang la nak layan.. Ini ke main upgrade hari demi hari. Nak masuk minggu ke dua dah ni. Haaa siap lepas dapat makharoon ni ntah apa2 c tekak ni nak ngegader...

Ehhhh ngengader nyer tekak. Apa jadah nya bende alah nie? hahahaha Source | Google
Ehhhh c tekak ngidam ni plak? Ni mmg nk kena hampuk je c tekak ngengader ni kang! Pangggggg! Terus baik!

Juz Bebelan LidiaSuraya :Sebenarnya peyut lapar. Tue yang post makan makan. konon tekak akan stop being ngengader la. Konon..... Hahahaha. Cepat baik yer sayang... Jimat poket i! hahaha

Sunday, April 29, 2012

Mari Jaga Kesihatan Anda

Ok asik menghilang, tapi alhamdulillah, semua insan-insan sakit yang disayangi dah kembali sihat. Aceh alasan menghilang kerana menjaga orang sakit la tu kononnya n akhirnya diri yang selalu sihat terbabit sama. Ok waktu berlegar-legar kat sepital terpanggil la nak p konter pemeriksaan kesihatan. Free kan. Why not untuk g mengepoh kat konter tue. Hahahaha
Aceh Si Berlagak BMI & Kolesterol Unggul, Sehari sebelum kejatuhan kesakitan
  Jum kira ur BMI, senang jer = Berat (KG) / Tinggi * Tinggi (M)
Ok baper bacaan anda ?

18.5 below
Kurang berat badan. Ok jum makan lebey lebey skit.

18.5 -24.9
Normal. Yeayyyy sila berbangga k... 

25.0 - 29.9
Berlebihan Berat Badan. Ok kamu harus berdiet yerrr.

30.0 above
Obesiti. wooooo
Haaaa Bp Unggul Jugak. Juga Sehari sebelum kejatuhan kesakitan. Haha
Ok yang nie tak der nak kira kira DIY k. Korang p la klinik atau sepital . Kalo pergi farmasi pun boleh, korang di caj RM1 sahaja

Normal 
Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 tahun

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 tahun; ubah gaya hidup
 
Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bulan; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

High Blood Pressure nie nampak cam tak seriuskan penyakitnya tapi Dr kata its a silent killer tau! Takut x? So korang p la test BP korang k? For those yang berketurunan sangatlah high risk. 85% daripada faktor keturunan. So know ur BP n take action now k? Jangan asik nak in progresssssss memanjang. Tau peringkat anda n mulakan rawatan seperti yang dicadangkan yer. Bolehhh?

Ok enuf about BP, nak sambung cerita, akibat happy terlebey n terbelagak lebih BMI unggul la BP unggul la amikkkk esoknya i plak terus sakit. Orang yang 2 tahun sekali sakit ni, kalo sakit memang laaa collapse ye dak? Penat g klinik kesihatan 2 kali sampai abis abis ubat i telan tak baik baik. X kira ag kena cucuk amik darah ag. Ewwwwwww sakit tau. Last last g farmasi jer.

Nurofen - sangat sesuai untuk demam yang datang pakej ngan sakit-sakit badan. Also Difflam - untuk sore troat. Makan terus kebas. Telan 3/4 bijik sure baik. Now Mata dah mula memerah. Aduyaiiii kalo kena ni mau cuti seminggu. Haihhhhhh bulan berpenyakitla this April.
Psssttt korang nak tau tak faktor kedua i sakit? Selain akibat bongkak wif  BMI & BP unggul?

Haaa terkejut Tipahhh. Api! Api! Api!
Haaaaa itu die. Kebakaran di tempat kerja ok. Terlebih hidu asap. Dah laaa yang terbakar betul betul atas opis i. Bomba kata cepat 10 minit, else bumbung rentung n runtuh akan collapsekan bangunan yang bawah-bawahnya. Alhamdulillah semua selamat kecuali seorang hero yang pecahkan cermin fire extinguisher, padahal ada jer fire extinguisher yang tergantung x yah pecah pecah berdekatan mangsa. Itu la bila panik semua x bley nak pikirkan. Penting untuk sentiasa pikir rasional n cool walau cemas camner pun yer. InsyaAllah semua dengan Izinnya. 

Jum jaga kesihatan. Eh ye ke? Lalalala
Juz Bebelan LidiaSuraya : Sesunguhnya penyakit itu penghapus dosa dosa kecil. InsyaAllah. Apa pun minumla air masak 8 gelas sehari ok? Nie asik nak air sedap jerrrrr. Ishhhhh. Degil yer.


Monday, April 16, 2012

Wooo Wooo Payless???

Arini nk story pasal shoe. Ewwww tiba-tiba rasa lamanya x shop for wedges. Ehhh alasan la tu nk wedges baru. Ok baru-baru ni, jalan-jalan di Jusco, terjumpa dengan Payless Shoe Source. Wahhh dah namanya shoes kan haruslah i senyum lebar-lebar. Hahaha. Saper yg nak blanjer i shoe? Sila angkat tangan? Ok Ok enuf for this month bajet for sopping k? Dah banyak sangat perabih duit ni.

Why Pay More? Jum Payless ? Ehhh bukan kata mode berjimat ke?
Ok, korang pernah tak jumpa Payless ni? Lain tau konsep berniaga derang. Kalo salu korang p kedai kasut mesti ada sebelah je kn? Then korang try cocok x ngan kaki? Then menyusahkan salesgurl tu mintak size kaki korang kn? Salesgurl carik kat store, kelek kotak n bagi korang try. Ehhh x size la, cuba carik yg besar skit? Ehhh pilih color yg hitam ni jugak k? Eh carikkan pattern yang ni la jugak yer? Yang itu, Yang ini. Pastu korang test n rasa bersalah x membeli n terpaksa beli? Hewhewhew

Semua satu rak ni saiz my feet ok? Ha larat sangat si tipah nie nak foodtest? hahaha
Dan lagi... Kasut sukan untuk jogging n badminton pun adoooo eh!
Konsep kedai payless ni lain sama skali ok. They display shoes dua dua belah n siap dalam kotak n siap susun rak ikut size ok. So kalo kaki anda size 6. Duduk la ngadap rak kasut tu, semuanya size 6 ok, terai laaa sebanyak mana pun, catwalk la korang situ, takder saper nk marah. Sukaaaanyaa i. Eksaited terlebey-lebey. Kalo kenan tak yah susah-susah panggil salesgurl. Terus grab ngan kotak-kotak n bayar. Rege pun sangat reasonable. Antara brand here adalah Airwalk, Zoe & Zac, Montego Bay Club, Lower East Side and etc. Also shoes designed by Christian Siriano available here. Ewahhh. Apa yang i like is wedges-wedges here look awesomeeeeeeeeeeeeeee. Huwarghhhhhhhhhhhhhh! Ok bukan hanya kasut wanita sahaja tau, men shoes n kids shoes pun ada. Geram tengok kasut for kiddos, sangat laaa omeeeeeeeeeeeeeel.

Rasa diri cam c Minnie Mouse yang katik plak bile i pakai this kind of heel. Ewwwww x sesuai tipah! Ha baru RM 30 n RM40 ok.
Ha Size Conversion. So x yah keliru keliru lagik? Soklan Cepumas :  Rasanya My Feet Size baper? 
 Lagi best bawak teman/hb/bf/sister yg ley comment every kasut yg u all nk terai tu. "Ehhh u look hot wif that heel laa!" ehhh " U nmpk rendah laa ngan that shoes" ehhh "I suka u pakai kasut ni la u nampak confident n anggun jer" ehhh "U look chomel wif that minnie mouse shoes la" ehhh "Why u suka wedges? Nak perasan tinggi ek?" ewwwwwww ye segala complen harus dipandang positive. Waweiiii!

Ohhhh i memang sangat n super confident while berwedges biarpun berinci-inci. Will try heel next time k?
Ok berkenan tak rasa nak try g Payless Shoes Source ni? I p kat Jusco Bukit Indah (JB). Rasanya kat Sunway Piramid (KL), Sunway Carnival (Penang) n Mahkota Parade (Melaka) pun ada. Lalalala.
 
Juz Bebelan LidiaSuraya : Ukurla kasut di kaki sendiri. Nanti terkecik n terbesar pasti x selesa kan? So agak-agak la yer jangan manjang nak belanja sesukahati. Ehhh. Walaupun i didnt shop any shoes here tapi tetap tersenyum girang kerana berjaya selamatkan pulusss. Wah mode jimat cermat plak skang k? Jum menabung!

Monday, April 9, 2012

Bandung | Tangkuban Perahu

Aloooooo. Aceh setelah sekian lama menyepi, kini kembali semula. Bajet kepulanganmu dinantilaa tew.. awwww perasan. Ok sorry yer teman teman lama dah tak ngapdet ni. Bz bebenar tapi biler pikir balik apa ntah yang dibzkannya hahahaha alasan sajer kan kamu. Ok jum arini i nak citer about Gunung Tangkuban Perahu. Dah berbulan wisata wisata baru kini ada masa nak bercerciter.

Cantek kan? Dulu katanya pelawat bisa turun ke bawah. Tapi kalo i, bagik free pun tak nak i turun bawah tu, buatnya terpelecok kaki tak pasal je kan?
Tiket : 
Rp. 13,000 warga indonesia / Rp. 50,000 tourist
Rp. 5,000 mobil warga indonesia / Rp. 7,000 mobil tourist
* Tips beli tiket : Biarkan ajaaa supir kamu berbangsa indonesia yang berkata-kata n belikan tiket untuk kalian yaaa.. ngaku jer laaa warga indonesia, murah skit tiketnya. Bijak ngak?

Ok tempat wajib pergi kalo reach Kota Bandung selain tempat bersopping-sopping, haruslaaa ke kawah gunung berapi ni iaitu di Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Terletak di daerah Lembang, sebelah utara Kota Bandung. Tak silap dari Kota Bandung x sampai pun sejam, jarak lebih kurang 30 km. Disarankan korang pergi awal pagi k? Sebab dapat scenery cantek pagi n also tak yah beratur lama nak naik tue. Plus masa lain bley jimat p sopping.

I salu bernasib baik sebab x berkabus. While nak balik kabus pun menebal, tetiba jer.
Perjalanan naik ke kawasan pergunungan ini, korang akan nampak banyak orang menjual kelinci. Chomel chomel berlari larian dalam kandang. Again kelinci adalah arnab n bukan miaaw miaaw k? Tapi biler korang nak reach puncak, ramai plak yang jual satay kelinci. ewwwwwwww poor kelinci yang chomel dah jadik satay. Korang bley ker makan satay kelinci? I tak boleh ok, terbayang kelinci buat muka kiut tak bagik makan die. Tapi  kalo korang tak cakap belanja satay kelinci mesti i lincah jer makan bercucuk cucuk. Ketupat satu!!!
 
Feeling twilight plak tetiba. Mana plak my Mr Edward x dapatkan i ni. Cehhhh kan tipah dah perasan jadi Bella sat. Uwekkk rasa nak muntah!Teenggggg!
Tangkuban perahu nie terdapat 3 kawah gunung berapi, Kawah Ratu, Domas, Upas. Tapi i duk singgah bergambar kat Kawah Ratu jer, sebab bagi i sama jer dah nama pun kawah. So jimat masa sebab ari yang sama nak p berlibur di Trans Studio. Ok next entry nanti citer k? Menurut penjual kat sini ag, pakar geologi akan datang mengambil bacaan keaktifan gunung berapi ini sekali seminggu bagi memastikan ia selamat untuk dilawati. So korang tak yah panik-panik k? Ia selamat untuk dilawati n 1969 adalah tahun terakhir gunung nie meletup.

Ewah nasib tak der angin bertiup. Kemain berani bertenggek atas pagar. Tergolek kang terus jadik satay kelinci eeeeewwwwwww!
Ok kat atas ni tak der aktiviti lain kecuali snap snap gambar n aktiviti membeli belah. Korang tolong laaa kira betul betul betul betul betul. Wahhh banyaknya betul, sebab i dah terkena beli buah rasberry berharga RM75 untuk 3 kotak plus free sekotak strawberry. Kalah harga jusco korang. Haihhh camnelaaa tipah boleh tertipu tipahh oiii!!! Stresss laaa. Tue la punca i terus hilang mode bersopping kat sana aritu. huwawawawa

Ewwwww wajah tipah tertipu . Masih boleh tersenyum kelat, Kelasss rasberry ko tipah. Salu 5 ringgit jer ni ko kena titik sampai 25 ringgit. Damn!!!
Istilah orang bercinta " Lautan Api Sanggup Ku Redah" wah wah ye ye je kan? Baik "Ku Kunci Hatimu Di Dalam Hatiku" n nak lagik kejam campak kunci hati ke dalam kawah gunung berapi tu. Baru la orang lain tak boleh nak rampokkan? Ehhh mengarut jer hahaha
Dilupa jangan sejarah about Tangkuban Perahu. Dengar cerita lagendanya berkaitan kisah percintaan antara ibu n anak. Si ibu, Dayang Sumbi seorang wanita yang jelita n awek muda terpisah dengan anak lelakinya Sangkuriang. One day bertemu n jatuh cinta. Menjelang hari perkahwinan mereka, si ibu barulah perasan anaknya itu, lalu die membuat helah agar tidak berlangsungnya perkahwinan itu. Helahnya, dimintanya Sangkuriang membuat perahu beserta danaunya dalam masa satu malam. Dan bila hati dah sayang n jiwa semakin serasi, Sangkuriang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menerima cabaran tersebut dengan meminta bantuan jin untuk melaksanakannya. Bila Dayang Sumbi mendapat tahu permintaannya hampir tercapai, lalu die berdoa semoga cepat la subuh. Maka subuh tiba dan jin jin tersebut berlarian tidak selesaikan kerja. Sangkuriang marah dan kecewa maka menendang perahu buatannya lalu tertangkup menjadik Tangkuban Perahu. Katanya dari bawah gunung nie kelihatan laksana perahu yang tertangkup. I lupa plak nak meninjau. Nanti kalo korang p boleh la tengok k? Chill n have a nice day!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Arini malas nak bebel. Talking too much pun boleh buat orang muak! uwekkk :P esok lusa atau haaa kan dah mula balik kuat membebel. Dasar kuat omong ini orang yaaaa. Hu hi Hu hi :)

Thursday, March 29, 2012

Langkawi | What To Buy?

Haihhhhh. Arini i stress tapi x per la tak dapat sopping dapat bebel bab sopping pun really something for me. Meh rini nak imbas pasal slot sopping n jalan jalan p Langkawi ritu.  Lama dah balik tapi tak sempat nak story kat korang ag kan. Ok whats come in ur mind biler mention about Langkawi? Mesti ramei bayangkan tempat bersopping sopping kan? Eh ye ke? Tapi i plak terpikir about island hooping. hahaha Maybe sebab kechewaaa ritu tak sempat berisland hooping bagai. X per i pasti akan repeat untuk slot island hoping nanti. Eh!

Ok Ok berbalik pada tajuk entry, Meh kita tinjau apa laaaa yang orang suka naaa bersopping kat Langkawi. I mean orang lain la. Bukan i ok. Tetiba rasa nak bebas dari tuduhan plak kan? Huwawawa..Ye laaa Duty Free la katakan? Tapi b4 eksaited terlebey nk bersopping-soping, korang kena la stay di Langkawi more than 48 hours, or else barang-barang tu akan didutykan. x percaya? Iyer, waktu i balik, my fren yg borong pinggan mangkuk kena tahan kastam, mintak bukti yang kami stay more 48hours. Nasib la i memang jenis simpan segala mak nek dalam beg. Jumpa la boarding pass waktu datang ritu. Fuhhhhh berpeluh dah my fren tadi. So kalo rasa nak bersopping sakan, sila la simpan bukti yang korang stay Langkawi more 48 hours k. I pun baru tau. Ingat sesuka hati bley sopping sopping dah duit kita kan kan kan?

X sahkan kalo g langkawi x gmbar kt sini. Bia pun panas terik bergamba di tghari. Huhuhu.
Ok dah pastikan korang simpan bukti stay 48 hours? Sila pastikan control item ni korang beli x terlebey had k? Batik 3 helai sorang, Rokok 1 caton sorang, Liquor 1 litter sorang. Ok yang lain cokelat ke gamat ke perfurm ke pinggan mangkuk ke apa ke korang boleh beli sebanyak mungkin. X der hal punyaaaa lah. Cuma those naik flite pepandai laa korang bajet-bajet k?

Segala mak nek minyak ada.. Bulan takat minyak gamat je. Machammm Machammm ado!
Dah reach langkawi harus laa korang beli minyak gamat kn? I sempat singgah kat tmpt buat gamat, depa kata kalo dah masak betul gamat panas ni , rendam tangan pun x melecur... Tp nasib x baik gamat ni dah mati api. X ley nk perasan kebal hahaha.

Ok Jangan nak gelojoh! Korang bley dapat harga serendah RM14.90 ok di RAMS.
Heaven ok for cokelat lover cm i. Rasa nak angkut jer Menara nie bawak balik.
Harus laa korang beli chocolate kn? Murah betul ok. Coklat wajib beli adalah Daim. If salu jumpa kat air port 1 for 34.90. Promo pun buy 3 free 1 maknanya 1 tu dalam rege RM26.20, here hanya bernilai RM14.90 ha so wajib la belikan. Cokelat spread Nuttella pun baru RM10 biasa RM18.90 kalo tak silap. So Cokelat Lover, borong la stock anda banyak-banyak di sini kay? dannnn laghikkk dan laghikkkk.

Vantageeeeeeeeeeeee!!! Ha beli jangan idak-idak nanti sampei umah nyesal plak.

Ibu-ibu n kakak-kakak terutama yang duduk umah sendiri. Sila laa borong pinggan mangkuk ni, corelle, vision, pyrex, corning ware, vantage n etc. jauh beza ok... Ratus2 jugak la bezanya.

Ha tempat bersopping-sopping!
Hj Ismail n Group ni banyak outlet n harga memang terbukti murah. Ada satu ag Idaman Suri, katanya happening gak tapi i x smpat singgah. Satu ag RAMS (berdekatan Jetty) pun murah, Daim here RM13.90 wahhh rugi seringgit i dah borong banyak-banyak ritu.


Orang kata kain batiknya murah n santek santek belaka. Tapi i langsung pun tak amik pedulik. Mata nie nampak cokelat jer. Perfurm pun agak murah, tapi antara percaya tak percaya la sebab i memang tak berapa yakin kalo tak purchase perfurm from conter. I try survey femme, for me bau nya sikit kurang pekat dari yang original, tapi bile tanya derang kata ori. Huhuhu So pepandai korang la kay tapi yup rege ada murah skit barang 40-50 hinggit dari rege conter.

Ok tak sah kalo tak dapatkan frezer magnet but some ada yang collet keychain la apa la..

Ha nak selit skit kat sini ada Restaurant Wan Thai Kuah Langkawi sangat terkenal ngan Thai Food. Yang bestnya kat sini ada 2 kuih yang i tertaut hati. Kalo korang g Langkawi try la rasa masakan here. Memang terangkat ok. Huhuhuhuhu

Pulut mangga sedap ok tapi depa kata kalo pulut durian mesti lagik sedap. Dah namanya lulian kan? Waweiii sedapnya bile nak musim lulian ni. Yesss i am a lulian lover too. Saper tak makan x moh geng! Eh!
Lupa namanya tapi memang sedap. I n kawan kawan siap tapau balik. Sedap okeh.

See happy je c Tipah nie, nak g makan sedap la tewww. Senang jer nak happy kan c Tipah ni . Makan sedap jer happy. Lalala

Sebelum turun di restoran Wan Thai tadi depa sempat snap gambar tup tup kami p bersopping kat Ram,s dah siap dah piring nie? Cekap derang kejar kami ke Rams ni kan? Ye la naik bus senang jer depa kesan. Wahhh stress la i biler diikuti rasa cam retis plak kan? Huwawawa. X letih ke?

Stress-stress harus laaa sopping jugak eh silap layan lagu jum?


Everything you know I’m flipping upside down, Take you ‘round the world, You know I like it loud
Tell me what you want so we can do just what you like,  
You make me feel that, La la la la la
You make me feel so, La la la la la


Juz Bebelan LidiaSuraya :Sometime kita terpaksa meng'anaktiri'kan hati & perasaan kita sendiri in order terlalu menjaga hati others kan? But did they appreciate us more? Ye laaa budi bahasa budaya kita kan? Ok Ok. Whatever! Janji Bahagia kan? Againnn life is not about happy n tawa  tawa ajer tau! Ewwwwwwww

Friday, March 23, 2012

Teruja Domino!

Ok, Ok, Teruja, Teruja. Meh nak tanya sikit. Saper dah makan Domino Pizza? Hahaha ok noted. I jer yang teruja terlebey... Korang mesti dah banyak kali makan kan?  n also mesti dah berdelivery delivery bagai kan? Amboiii Amboiii Amboiii Bahagia nampaknya korang. Good! Apa ag cara nak membahagiakan hati selain pergi carik makan makanan-makanan nan sedappp. Ye dak? Tapi lagik bahagia kalo "Ding Dong. Pizza Domino di Pintu!" Walllaaaaa sweeetnya kan?

Ok kalo salu i memang Pizza Hut's Fan, pantang ada Pizza baru kuwar pasti nak jadik orang pertama pergi merasa. Kali nie i nak tukar taste skit, ayuh kita bergendang gendut kenyang kan peyut kat Domino Pizza.

Ok i tak tau camner nak ngoder, so help help! Terpaksa sengih sengih kat konter ni, lucky x ramei orang.
Ok menunya pun super padat sampai tak tau apa yang depa jual. Tapi yang sebenarnya memang i tak geti order. Nasib laaa bawak orang yang pandai order. Waweiiii but still nak gak tanya camner nak order. Ayooooo, buat buat tak tau plak yer. Ok cara-cara nak order nyer begini ye para penonton, bapak-bapak, ibu-ibu, semua yang ada di sini  :
1 - Pasti n tak tipu mesti die akan tanya No Tepon korang. 
Nak simpan dalam database la. So next time order bagik jer no tepon korang k? 
* So guys, sila laa pasang telinga kalo kat depan tue ada awek cun k? n for gurls,  jangan perasan plak cashier tu nak ngorat korang. Hahaha dasar perasan san san.
2 - Choose ur crust. 
Ok sila pilih choices of 4 kalo tak silap, samaada Classic Hand Tossed @ New York Crust @ Crunchy Thin Crust @ Cheezeeeeee Burst Double Decker Crust. Apa??? Cheeeezeeeee??? Terbeliak mata lalu gelap mata terus order ok kerak Cheezeeee pilihan hati plssssssss. No doubt ok!Cheeezeeee! Cheeezeeee!
3 - Choose ur sauces.
Ok sila pilih choices of 3, samaada nak Domino's Pizza Sauce @ Spicy Sambal Sauce @ Top Secret Sauce. Ok tak der perkataan cheeezeee so i tak teruja lalu lupa sauce apa yang i order.  ( T__T )
4 - Choose ur topping (s)
Ok pilihan topping yang sangat variety, sila bersedia utk pening. Ada chicken, tuna,  prawn, meat, veggie n berbagai laaa. Cth chicken je ada BBQ la Classic la Pepperoni la Aloha la Extreme la. Ok pening. so i cakap nak chicken, suka hati korang la nak bagi yang mana janji chicken ok chicken! 
* Sebab nya kalo order kat kedai Thai telur bistik  @ tomyam chicken mesti dapat telur bistik meat @ tomyam seafood. So i bagi clear disini, chicken, no meat meat, no daging menglembu plssssss.
DONE! Tahniah. Sebab anda dah berjaya make ur own Pizza wif ur own selera! 

Diingatkan konsep Domino Pizza nie more to Delivery ok. Diingatkan ag its a World's Leading Pizza Delivery Expert. Derang expert tang delivery jer, tu yang bley rpomise hantar within 30 minit. So tak der derang nak entertain korang ngan kerusi empuk cam Pizza Hut, pinggan, mangkuk, sudu, garfu, inikan aircond yang nyaman. Damn i makan dalam panas ok. Tapi nasib laaa Pizza derang sedap kan? Cheeeeze tu dah cukup buat hati i girang gumbira.lalalalala

Ok pada rege Rm32. 1 Regular Pizza + 1 Garlic Bread (Besar n lembut ok. Sangat lembut. Ermmm letak kat pipi mesti lembut. Eh! Tapi tak der mushroom soup untuk cecah-cecah) + 2 tin drinks
Nampak cam lempeng jer kan tipis kemain. Tapi dalam tue ada cheeeeze cair ok.
Ohhh myyyyyyyy, cheeezee cairnya lebey hebat dari Cheeeze powder Pizza Hut. Oh myyyyyyyyy soooo pekattt n soooo nyummy sehingga menjilat dagu eh silap jilattt cheeezeeee cair yang suka nak leley jejes jejes tue. Setitik pun i tak bazirkan. Ohhhhhh myyyyyyyy terujanya daku! Sorry yer para penonton, bapak-bapak, ibu-ibu, semua yang ada di sini, goyang yuk. Hahahaha!

Ok satu jer yang tak berkenan di hati about this set, sebabnya drinks ada air gas jer. Choices of Pepsi, Revive n 7 Up. Helloo i kan tak minum air bergassss. Nanti mabuk camner? Ok fine! Pergi minum air bekal jangan banyak bising yer tipahhhh. Kedai sebelah pun ada jual air.  TQ

Tinggggggg selepas beberapa minit. Licin ok. Hahahaha YESSSS I am a Pizza Loverrrrrr, Chocolate Loverrrrr, Great Loverrrrrrr wawawawawawa sila sepak pipi sendiri.

Kelassssss ko kan layan Domino plak, pasni mesti  jari salu nak gatal dail 1300-888-333
"Helloooo! Helloooo! Abg Domino, tolong antokan Pizza Domino to me boley???"
 Hahahaha makin laaaa naik berat ko kan tipahhhh oiiiii.
Pendapat i about Domino Pizza plak :
* Pizza yang cam lempeng ni memang tak muak ok. Real Pizza adalah Pizza yang tipis cam pizza pizza di Italy. Ehhh pepandai jer kan?  
* Sesuai di makan ketika panas n makan bersama c Pizza Loverrr. Ok dah angkat tangan. Kalo x der kawan, bley ajak i temankan korang makan. Confirm licin n berselera korang makan. Hahaha. Cuba makan sorang mesti makan seslice dua je kan? Membazir namanya tue. X baik membazir tau! 
* Sesuai untuk Delivery. X sesuai untuk Dine In. Pizza anda akan sampai tak sampai 30 minit! 30 minute Delivery Guaranteed. Kalo dihantar minit ke 31 maknanya anda entitle for VOUCHER Pizza Regular. Jangan perasan nak dapat Pizza yang sampai tue free free plak ye.
* Sesuai untuk tapau for Long Distance Travel. Sambil drive drive borak borak makan pizza. Kelassss ko tipahh, bukan salu makan chips ke nak ilang ngantuk ketika memandu? Makan Pizza - kenyang - ngantuk - tido kat mana-mana perhentian. Awwwwww. Bahagia hidup kan?
* Ok memang sedap! Jum pekena ag Domino Pizza. Sekali makan mesti korang nak lagi n lagikkk. Eh ye ke? Ke i jer rasa camtue?

Juz Bebelan LidiaSuraya : Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Peyut Suka Hati, Bley Nyanyi Nyanyi...Lalalalalala.

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #9 : Apa? Rm700 Satu Skop Kerja?

Maid dah jadi essential dah nowadays kan?

Basuh Baju + Sidai Baju + Lipat Baju + Susun Baju + Iron Baju = RM 700???
Kemas Umah +  Sapu Umah + Mop Umah  +  Basuh Umah = RM 700???
Memasak + Mengoreng + Menumis + Merebus + Memanggang = RM 700???
Jaga Anak + Mandikan Anak + Makankan Anak = RM 700???
 Total = min RM2800 ??? 
WHATTTTTT??? mengarut bukan? Korang Setuju x?
* Ewahhh Ewahhh gaji Maid Baru Keje mengalahkan gaji Pegawai Kerajaan Baru Keje hokkayyyyyyyy!!!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Korang rasa para para isteri boleh claim tak gaji camni ngan para para suami nanti? Ok put some trust to ur spouse yang korang pasti boleh hidup bahagia bersama ok without maid. Tapi ada maid, its a bonus kan? Boley ada so much time wif sang suami n sang anak. Ehhhhh!

Saturday, March 17, 2012

Stress | Mari Bersopping...

Anda Stress? Camner nak tangani? Mengamuk sambil baling-baling barang n mulut cakap "Mencik, Mencik, Mencikkkkkkkkkk!"? Marah-Marah sambil makis n hamuns lalu terkeluar rude word dkdhahsjkahsa ? Bawa kete laju-laju sambil bukak lagu kuat-kuat n crying melalak pun kuat-kuat ? Belasah-belasah orang sampai patah riuk sampai puas hati ? Ehhhh. Ok semua tue tak betul ok. Diulang suara tak elok!

Ok i pun bukan pakar motivasi pun nak ajar korang "Cara tanggani stress" huh, tp meh la i share salah satu cara i tanggani stress, pasti lepas tu muka bercahaya-cahaya gumbira... Ingat, diri anda lebey tau cara mengumbirakan diri anda sendiri more than others kan? So hanya diri anda jer tau cara terbaek nak tangani stress anda. Orang len hanya bley kata jer, tapi anda jer yang bley menrasionalkan diri anda sendiri. X gitewww ? Wink wink ;)  

Banyak jer caranya untuk tangani stress dengan cara yang berhemah kan? So salah satu yang paling i suka buat n tak boleh nak control diri apabila stress adalah.... BERSOPPING!!! Rerasanya ramai gurls yang akan setuju. *time mode waras pun susah nak control aura nak bersopping inikan waktu stress. hwehwehwe . Tapi apa pun korang sopping la secara berhemah, ingat-ingat diri jugak nak makan apa sampai ujung bulan. Jangan plak korang zazzzz jer Credit Card tu sampai reach limit. Ok i prefer cash than card. * Tetiba huhu But mostly gurls jugak akan jadik kuat makan biler stress kan? * ok ni nanti-nantinya entry plak k

Ha ni tangkapan semalam. Stress meeting i abis awal, meeting my fren sampai ke petang tak siap-siap. So lepak Alamanda sat nak tengok John Carter kemain ramei orang! Stress ok Stress, ke SKII ok SKII? Hahaha. "Apa **i****s?" Harusla carik product baru!
Sebab bila stress hati tak berapa nak gumbira n dalam hati timbul pelbagai rasa yang meluap-luap eg: rasa gerammmmsss, marahhhhhhhhs, mencikkkkkks, frusttttttttts n bla bla bla. So bila dapat bersopping baru la rasa cam lupa jap stress tadik n happy n puas hati.  Hahahaha boleh pakai ke cara i nie?

Jangan nak kelentong sebab stress ok? Yang ini bukan dah ada dalam wish list ke aritu? Kenalkan c whitey yang  baru muncul dalam hidup i. Sukaaaaaaa senyum sampai telinga. ( ^ ~ ^ )

Also Whitey Jersey kedapatan while ke Langkawi aritu. Stress! Eh ye ke? Bukan patut beli Chelsea Blue ke? Mode : semua nak white! Hahaha

Andai dapat kuggenggam erat jari-jemari mu, Mengharungi nista hidup yang penuh berliku, Harapan ku kau mengerti dan cuba memujuk hati, Terima diri ku seadanya | Again OST Vanilla Cokelat ag. Haha Tapi cara gak tangani stress dengan layan lagu lagu faveret anda kan?
Juz Bebelan LidiaSuraya : Apa pun cara korang deal wif stress harusla x menyusahkan others n tak datangkan keburukan to other n diri sendiri k? So apa korang buat yer biler stress?