Wednesday, July 4, 2012

Seindah Sakura

Hi! Sorry yer lama menghilang, bz wif life yg macam macam ni. Huhuhu. Ok kalo salu i review sesi tonton d awal siri drama supaya korang terpengaruh nak tgk, but this time i review setelah abis pun siri drama ni, dengan harapan... meh komen endingnya! Korang layan x this story? Alaa heroinnya Fasha Sandha as Syakira dan heronya Fahrin Ahmad as Aril tu.. I memang x baper minat ngan Fasha ni tapi bagi i dlm drama ni Fasha berjaya buat orang lain think positif pada her. Fahrin, memang i minattt pun.. Eh! Fahrin bile nk kawin yer? Mesti tunggu someone kn? Wah wah... Eh memandai...

Alahaiii cinta bersatu di Parisssss. Sama je cam Ariana Mikail. Bersatu cinta semulaaa mesti di Parisss, harusss kaa? So sesapa nak p Paris jum menabung rm200 sebulan hahaha
Syakira dalam this story seorang yang cekal hati, tabah, sabar dalam tempuhi kehidupan her yg penuh pancaroba. Acececeh. Tidak ketinggalan she seorang yg degil jugak n kuat melawan. Biasa laa tu setiap orang ada kelebihan n kelemahan memasing, dah namanya manusia ye dak? Tapi yang penting try to balancekan dalam kehidupan anda. X yah laaa korang tau kelemahan diri n terus anggap ia sifat sifat dari lahir ag kan? No No No! Yg lemah try perbaiki ok, contohnya anda x geti memasak maka anda pergila belajar memasak n rajin rajin memasak k. Gerenti 1 ari nanti korang pandai memasak n dapat memasak dengan sedap. Ok yang memang kelebihan diri anda plak try maintainkan yer. Contoh anda seorang yang cool n penyabar, so dalam apa keadaan pun korang mesti cool n bersabar. Haihhhh tipah munasabah diri nampaknya di pagi pagi hari ini. Ok enuf kembali kepada Seindah Sakura...

I memang tonton this story siap tetes tetes air mata terutama di part part awal sebab c Fasha ni kena survive sendiri setelah ditinggalkan her mom. Memang sedey bila ditinggalkan orang yang tersayang n she setiap masa manunggu kepulangan her mom di tepi pantai. Yang bagusnya, she sentiasa think positive tentang her mom walaupun sangat terbeban n sengsara ketika menjaga onyangnya. Kredit jugak to onyang lakonan Mak Mah yang mampu bawak watak onyang dengan jayanya.

 
Buatku Di Sana by Mafa Feet Ronnie OST Seindah Sakura | Usah menangis sendiri, Sayang ku kan pergi, Senyumlah usah meratapi, Kala ada masa kita ditakdir yang Esa, Cukuplah buatku disana...
 Aku bagai bintang menghiasi alam maya, Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya, Detik percintaan persis satu anugerah, Aku pinta hanya bercinta... Ewah jum layan lagu nie. 

Kemudian hadir la Aril dalam episode hidup Syakira apabila Aril ditugaskn sebagai guru di sekolah Syakira. Pada mulanya mestila sentiasa bergado berdua sebelum cinta itu berputik. Aril sentiasa mencari kesalahan syakira kerana bagi him Syakira seorang pelajar yg bermasalah n harus didenda. Syakira plak memang malas melayan perangai Aril kerana bagi her orang cam Aril memang x akan memahami masalah her yg idup dalam kemiskinan. So dipendekkan citer, 1 day Aril tersedar n try perbaiki kesalahan him dengan sentiasa memberi kata-kata nasihat.

Seindah Sakura - jadilah seperti bunga sakura, walaupun jangka hayat kehidupannya singkat namun tetap cantik. Maka kita as manusia selagi ada hayat, teruslah indahkan hidup kita dan jangan amik peduli hal hal remeh yang berlaku. Sweet kan? So indahkan dan ceriakan la hidup anda. Try make urself happy, only diri kita jer yang tau camner nak happykan diri kita sendiri kan? Cam i suka jer nak p melabur kat spa spa untuk memotivasikan diri. Sooo relaxing. Eh kan kena jadik sakura, hidup singkat tapi tetap cantek. ok enuf k tipah, c hebat memberi justifikasi. Aceh!

Sebenarnya korang happy x tengok ending Seindah Sakura ni? Happy ending cam Ariana Mikail. Yeay! Kisah cinta yg suci akhirnya bersatu juga, biarlaa apa pun halangan akhirnya bersama n live happily ever after. Ewahhh cam story dalam bedtime story kanak kanak plak kannn? Tapi mesti ada yang pikir sepatutnya Syakira berbahgia bersama paksu Aril kan? Kerana he yang menjadik hero sebenar sebab selamatkan Syakira n berkorban a lot untuk Syakira kan? Tapi dah memang jodoh mereka setakat itu n sungguh mulia hati Paksu Aril ni hingga sanggup melepaskan Syakira untuk mencari kebahagian yang sebenarnya. Weeeewitttt. Cayala Dato Eizlan. :)

Cam kata orang asam di darat, ikan di laut bertemu juga jadi gulai yang nyummy. I likeeee hirup hirup kuah ni cam soup. Eh gulai ke asam pedas ek?

Ok now slot akasia ni diganti ngan citer Dejavu Kinabalu. Jum layan, best tau about cintan cintun jugak, even umur tak panjang jantung yang masih berdegup tetap terus mencintai kekasih hati. Eh camner tue? Nak tau jum layan Tizz n Aqasha dalam Dejavu Kinabalu.

Juz Bebelan LidiaSuraya :  Esok Nisfu Syaban, arini jum tutup buku lama n buka buku baru. Ayuh...

17 people luv this entry:

Boni JLL3 said... [Reply to comment]

err.. tapi bukan ke citer ni da lama habis da??hehehe

LidiaSuraya said... [Reply to comment]

ha ah mmg daaaaa abis lama now meh lyn dejavu kinabalu

faizal abd fathi said... [Reply to comment]

lama tak update yee...hehehe

LidiaSuraya said... [Reply to comment]

ha ah bz bangat... huhuhu

Remy hazza said... [Reply to comment]

tak sempat nak tgk........
hu hu hu......
blk rumah pun kul 8 baru sampai...

Azlan Strider said... [Reply to comment]

wah...lama dah i tak ikut drama2 bersiri kat tv nie..bukan tak nak tengok tapi timing selalu lari..anyway macam menarik gak jalan ceritanya..hehehe...smpai tengok tv makan asam pedas pun menarik gak..hahaha

Regards,
-Strider-

Muttallif said... [Reply to comment]

Saya sukakan lagu Harapan untuk cerita ni. Best. Tapi cerita tak follo wterus, kebanyakkan masa pergi untuk menulis blog :)

hajiMete said... [Reply to comment]

sodappnyer asam pedas tu makk.. ehhheee

Telor Power said... [Reply to comment]

owh kaki drama eh....

salam kenal ye. terima kasih sis dtg jengah ke blog aku yg tak seberapa tu. org jb rupanya

Edy Fee said... [Reply to comment]

hahahahha
edy kalau tengok citer ni ase nak marah je ngan fasha..lembap sgt...ahaha anak laki tu pon leh tahan jahat

anamizu kaito said... [Reply to comment]

mmg nyampah tgk watak si wan sharmila dlm cite tu.. and now enjoying Dejavu di kinabalu pulak.. aqasha!! rawwwwrrrrr~ hehe







Slm kenal,
cik ana

aReLaN said... [Reply to comment]

tak layan pon citer ni.heheheh...

afzalsukasuki said... [Reply to comment]

hahaha akak sama macam budak umah saya.fiil 7-8 mesti layan citer melayu sambung2 depan tv kikiki :D pompuan cam akak ok la kot tapi dia laki, klakau plak :D

Joe_Hans said... [Reply to comment]

xberapa suka cerita ini..huhu

ghost writer said... [Reply to comment]

biar macam mana pun Fasha tetap mampu memiliki apa yang dia inginkan. bukan sekadar di dalam drama maupun filem, tapi di luar realiti. itu yang menguatkan Fasha.

Edy Fee said... [Reply to comment]

jalan-jalan cari update baru

anamizu kaito said... [Reply to comment]

ehem~ update cepattt =P







Luv,
cik ana