Monday, March 12, 2012

Langkawi | Langkawi Cable Car

Korang gayat x? Ha, jangan nak pretend cool manjang plak.
Tiket :
RM30 adult / RM20 kid (tourist)
RM15 adult / RM10 kid (MyCard)
* Kids : 2-12 year old

Tempat yang paling wajib korang kena visit if datang Langkawi ni mestilah Langkawi Cable Car atau derang call it Skycab. Cable car ni terletak di Oriental Village, sekitar pergunungan Mat Chinchang. If dari airport to reach here amik masa 15 minit n kalo dari Pekan Kuah lebih kurang 30 minit. Kat atas ni ada 2 station yang korang ley singgah n jangan lupa klik-klik amik gambar. Sky bridge @ Jambatan Gantung Bengkok plak terletak kat station kedua. Dan tak sah korang naik cable car ni kalo tidak ke Sky Bridge ni. So gayat tak gayat korang kena test jugak. Deal?

Solero Genting sanggup naik, inikan cable car. Ye dak? Apala sangat kan.
Ok muatan cable car nie adalah max 6 orang. Waktu beratur nak naik cabel car ni, bley plak i terbayang Solero Shot d Genting. Haihhh ye la bagi i yang memang x gayat tinggi ni, selamba je melangkah ngan penuh xcitednya dalam cable car ni. Jakun la sangat kan. Tapi tetiba terkenangkan pada orang yang gayat mesti muka pucat semacam kan? Ke orang tu akan sonyap xterkata. Ok gayat katakan gayat, tapi i dulik apa, korang kena gak naik. Baru la berbaloi-baloi datang Langkawi.

Perjalanan Cable Car ni untuk naik ke atas lebey kurang 20 minit, pada yang kaki gayat mesti 20 minit yang panjang for them. So ketepikan gayat, mari menikmati keindahan gunung ganang, lautan, pulau pulau n Air Terjun Telaga Tujuh. Tapi perjalanan cable car ni memang junam abis ok. Yang scary biler nak sampai ke station. Cam laju semacam tetiba n bunyi-bunyian n gegaran yang akan mengamitkan keadaan panic,hahaha.  Tapi thrill je bagi i. Suka! Suka! Suka!
Ha junam kan?Series tak tipu.Sangat Junam.
Ok nak naik cable car ni ikut nasib gak, sebab kalo cuaca x berapa baik memang cable car ni tutup n kalo nasib x baik kabus tebal pun x best gak sebab nanti korang mik gambar x ler nampak scenery kan? So better nya korang berdoa dulu agar cuaca baik k? Kalo dah reach ke Station 1 ni, korang jangan nak malas turun plak, nanti korang termiss beberapa scenery menarik dari ketinggian 625 meter dari aras laut ni. So better korang turun k? Nanti sambung naik balik cable car untuk ke station kedua tu.
Nie scenery dari station 1. Santek kan? Ya Allah, indahnya dunia ciptaan Mu. Jadikan la hidup ku seindah n sedamai ini. * Eh tiba tiba berdoa plak bila tengok bende bende indah ciptaanNya.
Kalo korang x bernasib baik, kabus tebal maka klik je la gambar yang telah di frame kan ini.
Lepas dah klik klik kat sini, korang lincah-lincah rebut cable car semula untuk ke Station Kedua which is 700 meter dari aras laut. Time i pergi ni hari bekerja, so tak yah la nak rebut-rebut, tapi duk pikir kalau cuti sekolah sure la  ramei orang n akan rebut-rebut kan?
Jarak dari Station 1 ke Station 2, dekat jer tapi tetap thrill while sampai station n kami suka jer nak jerit.. OOOOOOO beramai-ramai. Fun ok!Nanti korang try k?

Nie scenery dari Station 2 plak. Tetap santek kan dengan suasana yang sangat nyaman n dingin.

Jum teropong sat. Ok kena menapak jauh nak ke Sky Bridge. Hurmmmmmm

Diingatkan Sky bridge terletak di Station ini kay? Sekali ag depends on ur luck, kalo berkabus, maka laluan licin, so akan ditutup. Waktu i datang Alhamdulillah cuaca amat mempesonakan. Maka di nasihatkan supaya korang x yah nak vogue berheel tinggi or berwedges bagai ok? Sebabnya untuk sampai ke SkyBrige tue korang kn turun naik bukit dengan laluan di dalam hutan selama 15 minit!!! Fuhhhhhhh. So please proper attire n x yh la berkemeja bagai, peluh-peluh nanti. Pakai tshirt sudah n spek mata gelap wajib ehhhh.
Sila perhatikan wedges i tue yer? X sesuai ok. X sesuai tipah oiii. Huhuhu tipah tertipu , damn turun turun flite terus g naik cable car plak. Haihhhh
Peaceee yewwwww, * abaikan muka over senyum disitu. Focus pada station di atas tu. So kena turun redah hutan to reach here. I berjaya reach Sky Bridge mengharungi bukit bukau, hutan, laluan licin dll sambil berwedges. Yehaaaaa i luv u wedgesssss
Yess ia memang tergantung.
SkyBridge sepanjang 125 meter ni dinobatkan as world’s longest curve suspension bridge, memang rasa goyang goyang k? sebab ianya tergantung dari 100 meter dari dasar n really di support oleh sebatang tiang pylon setinggi 82 meter sahaja? Those yang ada masalah kesihatan, sakit jantung, high blood pressure  dan seanteronya  memang diberi amaran awal-awal k? Bagi I yang sangat suka berada di puncak, suka je nak jump-jump kat atas ni. *bajet ley hasilkan gegaran la konon ke ombak besar? hahaha
Believe it! Tu jer tiang yang dipanggil pylon yang support this bridge.Tetiba rasa kalo buat bungee jumping pun best kan? Wist List hidup I ok. Aceh. 100 meter berani la cuba bermeter-meter ag. Hahaha
Penghujung Sky Bridge. Nampak kecik jer cable car tu kan?
Haihh indah permai betul
Maka setelah klik sana klik sini, tak sedar mau hampir 2 jam i abiskan masa here. So mari turun, jum. Agak scary kerana kejunamannya. Tapi enjoy the ride la. Kat bawah tu wajib laaa p carik freezer magnet. Pstttt tak yah beli kat souvenier shop better carik kedai luar tue. Harga 1 bley dapat 2 ok. Freezer magnet design yang sama. Ok I dah beli 2 ketul kalo tak dapat 4 ketulkan? Haihhhhhh.

Ha bergayut-gayut cable car nie
Souvenier yang depa tawarkan pada rege RM50 kalo x silap i. Sila senyum pada Mr Photographer yang akan klik gambar korang sebelum berlepas ke puncak k?
Capek? Bley try fish spa kat sini k.
Laluan balik dari Cable Car ni, bley la singgah cuci cuci mata. Ada banyak sourvenier shop, mini zoo for kelinci (arnab bukan cat ok) also ada session bergambar wif a snake!!! I bukak langkah seribu terus naik bus! Takutttt ok!

Meh i dedikasikan this song to korang k? Jika ku hadir untuk disakiti, Biarlah ku pergi jauh dan sendiri, Tanpa ada kamu, siapapun disini... Ok cerita cinta vanilla cokelat makin best. Jangan lupa tonton esok k?

So jangan lupa naik Langkawi Cable Car kalo korang plan nak p Langkawi ok? Memang berbaloi n should try selain dari island hopping. I tak sempat nak island hopping, so next trip to here i memang nak p berisland hopping. x kira x kira, jum?  


Juz Bebelan LidiaSuraya : Kemana ku berlari, kemana aku kan pergi, ku cintai namun benci caramu mencintaiku... Eh tersambung nyanyi plak. ;)

Tuesday, March 6, 2012

WISH LIST #3 : Watch aka Jam Tangan | Bonia vs Cerruti

Machammmm dah nampak jer yang berkenan di HATI tue. Eh Eh.Memang berkenan la.
REGE : Murah-murah sudah laaa. Nak murah beli jer jam 10 hengget, bley dapat banyakkkks so bley tukar pakai selama 2 bulan. Cun gak idea tu. x kisah murah janji ngetop in hand
* Tapi aritu jumpa tempat ada 25%. Berbaloi baloi rasanya nie. Tapi lepas 25% pun still mahal lagi. x MURAH pun ok...

TABUNGAN : Entah DANA mana nak keluar ni. Orang kata menabung skit-skit lama lama jadik bukit tapi i menabung skit asikla perabiskan je. Again REWARD DIRI alasan yang baik nak booooroooos kan? kan?

Tapi kalo yang ini lagik ok. Why OK? Sebab no tue 1881.
JUSTIFIKASI : 

Ok jam tangan i dah lebih 2 tahun. Eh ye ke? So rasanya sesuai la kot kalo nak berpaling pada si puteh yang lain plak. Tapi Bonia nie jangkahayat lama boleh tahan ni. Also 2 years warranty. Sila pastikan warranty card tersimpan rapi. Rerasa kalo calar pada 1 Tahun 11 Bulan, dapat ganti baru tak? keh keh.Ok i tak niat nak rosakkan pun. Akan jaga baik baik kalo dapat ni.

Jam tangan kan dianggap aksesori, so dari i beli gelang mas beribu-ribu hengget baik beli jam yang tak je kan? Ewahhhh. Pandai jer compare ngan yang lagik booooros ko nak belanja kan. I suka yang ala-ala gelang. x suka tali-tali n titanium bagai ni ehhhhh.

Ok. Jam tangan ada digital n analog. So i minat yang analog. Lagik mencabar minda yang tak der no. Main agak-agak jer. Nanti kalo terlambat bley bagi alasan "ala ingat baru kul 4 tadik, rupanya dah kul 5"  Eh sajer jer kan, dah siapkan alasan awal awal. Bijak x?

ehmmmmmm (mode pikir sambil pandang kanan nak kukuhkan justifikasi)

Teringin nak beli jam sendiri plak, lagik scheeeewet kan? Tapi kalo rezki turun dari langit. Senyum jer laaaa lereeeeeeeeet-lereeeeeet.

Last sekali, mode now minat white, phone white, handbeg white, jersey white so jam di  tangan bukan white. ~ justifikasi paling pendek tapi make sense. haha.

Ok done!

Korang rasa Swatch Titanium bergaya tak?
* ok tiada kaitan wif gambar hehehe. 
Kira setuju je la yer wif Cerruti eh BONIA nie. OK? Ngeeehhhhh
* ok tak mampu nak pakai cerruti ni. Mahal bebenorrrrr yooooowwww

Juz Bebelan LidiaSuraya : Episode Vanilla Cokelat malam ni, again cinta yang tengah blossom dihalang oleh kedua keluarga. Also ada Ariana Mikhail. Suka dialog Mikhail to Maysara semalam "Awak ada pilihan untuk bahagia atau kemewahan?" Tapi Maysara pilih kemewahan. Maysara la yang pilih , ha kan dah menyesal. Kemewahan nie tak bisa bawa kebahgiaan yang berkekalan. Kebahgiaan akan kekal kalo kita pandai blossomkan dengan dibajai cinta. Ewaaaahhhh. Cakap kemain. 

Saturday, March 3, 2012

Kembali pulang

Bintang terlihat terang - saat dirimu datang - cinta yang dulu hilang - kini kembali pulang... Okehhh jangan nak salah paham je kejenya. Bukan cinta yang kembali pulang, tapi i la yang kembali pulang. Sangat-sangat miss u all. Okeh nanti i jengah-jengah korang blik k. Letihnya n betul kata ch000tz yang i pengsan lepas full swing berjalan about 2 weeks. hwahwahwa. Abis la korang kena dengar i bebel-bebel pasal my journey nanti, mau berentry-entry pas ni.

Ha ni beg waktu balik Langkawi. Kan dah cakap will beranak. Nasib x bercucu n bercicit sebenarnya tahan diri konon nak save for Jakarta Trip la. Konon laaa konon...
Wajib beli kalo g Langkawi kan? Cokelat Daim. Heavennya klo duduk Langkawi mau jahanam gigi i ni ke jahanam poket i? I am a Cokelat Lover.

Jumlah kerugian untuk 4H 3M : RM519.45
 * percutian di sponser kan harus la x banyak jumlah kerugiannya
Ni plak hasil tangkapan di Jakarta. Baikkn sopping ala kadar jer. Mana entah mode bersopping2 ni. Hatiku tertinggal di Malaysia kot aritu.
Harusla x lupa beli brownies Kartika Sari n tapau pulang orange c1000. Naper ek kat sini x der jual. C1000  minuman isotonik yang mengandungi vitamin c1000 mg good for our body n skin.
Jumlah kerugian untuk 6H 5M : RM2738.00
* sopping x seberapa pun huhuhu ni. Percutian ini ditaja diri sendiri n tong tong wif sis. Kira ok la tu untuk 6H 5M kn?




Makin gomoks n tanned, gumbira untuk keberangkatan.Yeahhhhhhh kembali pulang.

Setibanya dirumah i receive this gift. Jeng jeng
Ok jangan nak x keruan tengok kotak luv luv tu n jangan nak salah anggap okehhh. Lincah-lincah bukak rupanya from remyhazza. Lupa plak i ni pemenang bertuah dalam contest his 1st year anni aritu. Tq Remy tp kan... kan...

 Huwarghhhh it was broken.Tapi kata-kata yang cukup indah from him.
Nanti I balas wif small souvenier from Jakarta k nanti. *remy sila mailkan ur alamat k? 
 

Jum sempat ag layan this song by One Direction " What Makes You Beautiful". 
* Pengsan jap kalo dedicate for me. awwwwww perasan.
 You don't know, Oh oh, You don't know you're beautiful, Oh oh, That's what makes you beautiful!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ye ke jalan- jalan n sopping-sopping ley buat anda gumbiraaaaaa? Ermmmm

Wednesday, February 22, 2012

Apps Store : Travel App Pilihan

Minggu ni mode : bercuti-cuti, maka jum i share wif all of u beberapa apps yg DIJANGKA boleh membantu korang KETIKA bercuti-cuti ni.* DIJANGKA - cos i sendiri baru nak test untuk travel this time. * KETIKA means while travel la. Tapi kalo korang rasa apps yang korang guna lagi beshhh, meh share ngan i k? Ok sebenarnya start today till end of Feb ni, i akan bertravel-travel, erti kata lain tak masuk opis. Yabedabeduuuuu. So x tau la sempat x jengah kawan-kawan kat sini. Mesti korang akan rindu i kan? Acehhhh perasan plak. Haha ok berbalik pada tajuk semula.

Ok i dah pandai kemas beg bukan macam Ixara ag. Padat n mampat tapi beg makeup harus la makan space 1/4 isi perut beg. Mesti balik travel beg ni beranak kan?
Senario 1
Ok pernah x biler balik bercuti (blum g bercuti dah ingat nak blik, ni maknanya i sorang yg berpikiran jauh tau wawawawa), teman-teman korang tanya soklan cenggini :
"Best nya g bercuti kat sana, agak-agak berapa hengget ek duit u abis?"

Reaksi 1
Korang plak secara pantas dan tungtas buat congak-congak dalam kepala otak korang nak kira berapa korang berabisss kan? Kalo i yg maleh nak perah otak buat congak ni, selamat la i tibai jer. Dah sian c Teman yang beriya nk ngumpul duit nak p bercuti cam korang tapi dapat info yang kurang tepat dari korang.

Solusi 1
Apa kata tiap kali nk bercuti tu korang jot down setiap expences tu? Baru la korang bley bantu c Teman tu. Dengan erti pekdah lain, korang bley la tau kos sebenar berabis dan sekaligus membantu berbelanja secara berhemah dan beringat. X der la main nampak semua nk beli  kn? Barula dapat berjimat skit, x gitew?

App Cadangan - TripBook

App yg membantu korang manage perbelanjaan korang. Korang bley key in itenary n detail termasukla expences korang, juga ada pai chart yang menunjukkan kategory perbelanjaan korang ketika bercuti. Dah kalo pie chart korang dah terlebey tang makan-makan tu nampak na la korang ni motif g bercuti ke nak p makan-makan ni? Hahahaha. Also all detail bley terus di emelkn pada c Teman tu. Hehehe. Jadi berbelanja la secara berhemah kay?


Senario 2 :
Pernah x korang dah balik, nk bebel dalam blog tentang holiday korang tapi dah lupa mana tempat yg korang dah p. Ye la balik bercuti bukan teruih korang create new post pun kn? Korang layan badan yg sengal-sengal dulu, basuh baju kotor bertimbun, blum citer ag keja opis korang yg mengunung tu kan? 

Reaksi 2 :
Korang akan karang entry setelah jenuh perah otak untuk mengigat kembali n sometime korang dah lupa apa info nak sampaikan pada readers kan?

Solusi 2 :
So penting bagik korang ada travel log. Supaya apa yang dibuat n dilawat bley la korang logkan n nanti biler nak karang post x ler terlupa kan? Ye la i tengok biler balik cuti blogger gemar tulis, Day 1 , Day 2 , Day 3 dan.... Tp jangan la sekadar nak bagitau reader ok i dah reach here reach there, selitkan la beberapa info pentingt tentang place of interest yang korang p tu. 

App Cadangan - ITripBook

           
Itripbook @ Scribe - confuse mana nak guna, tapi sama jer function dua-dua apps nie. Perlu add trip, add event /activities and add detail. Detail bley add tarikh n masa, add gambar (add satu jer pun ok kot so x lupa gambar tu kat ner), add map (lokasi tu kat mana). Tapi dalam Scribe tu bley add more picture n ada sketch untuk conteng-conteng.


Situasi 3
Korang pernah tak berhadapan dengan :
" Ok harganya 150,000.00 ya "

Reaksi 3
Wallawei baper plak kalo convert RM nie. Kepala yang tak berapa nak lincah mencongak sampai phobia dah nak tanya rege kat salesgurl. Dulu waktu sekolah-sekolah masuk kelas saper cepat jawab congak bley duduk. I memang suka nak duduk paling awal siap cuit cuit kawan bagik jawapan ag, setia kawan la katakan. La ni dah besar panjang dah tak main dah congak congak ni. malassssss

Solusi 3 
Korang kan ada hanphone, so full utilizekan hanphone tu. Install app utk convert-convert ni. Senang skit korang nak sopping kan? Ngak perlu pusing pusing buk. Tekan ajaaaa ala-ala calculator gitew.

Apps Cadangan - Convert 
    
Apps untuk convert ada macam macam, tapi i guna yang ni coz bukan convert duit jer bley bahkan panjang, berat, kelajuan,isipadu, temperature semua ada laaaa.
* Sila pastikan temperature kereta anda dalam kondisi baik utk travel travel kay? hehehehe tetiba!

Ok bermula kelmari hidup i akan bz, kemana?
20 Feb - 23 Feb | JB - KL - LANGKAWI - KL - JB
24 Feb - 29 Feb | JB - KL - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - KL - JB
Huihhhh x geti penat ke? Bila tang berjalan-jalan, seribu tahun pun i tetap tersenyum, tapi apa pun namamu tetap terukir di bintang! 
Ok I teropong nampak dah duit duit yang bakal berterbangan nanti. Huhuhu. Sorry.
 Iyer, i takkan lupakan teman-teman semua. Nanti i balik i jengah-jengah korang semula k, also terpikir nak belikan souvenier as free giveaway pada followers bertuah i nnti. :) Doakn segala urusan i dipermudahkan n selamat pergi n balik k.

Juz Bebelan LidiaSuraya : Walaupun membuat orang lain bahagia lebih penting dari kebahagian diri sendiri, namun korang pikirla cara terbaek untuk bahagiakan diri korang sendiri k? Cam i selain buat orang lain bahagia, berjalan-jalan n bersoping-soping memang boleh bikin hati ini gumbiraaaaaaa hohoho!

Friday, February 17, 2012

Setia Pada Yang Satu @ ... ?

Hai :) Ok if selalu i share my moment sambil selitkan sedikit info untuk korang, today rasanya nak mintak pandangan korang la. Patut ke x patut untuk setia pada yang satu. Ermmmmmmm (mode berfikir). Memang la orang kata kita mesti setia pada yang satu namun, bagi i plak tak salah berkawan bia seribu berkasih bia sorang? kan? Bia la ramai yang minat kat kita asalkan kita tau kita mencintai dia sorang jer. Acecece.

Ok camnie situasi nya. 
Jika c X berkawan ngan c N ke, c M ke, c O ke, c P ke or even sampai Z pun, tak salah kan? Berkawan beramai-ramai n buat pilihan yang tepat untuk mencarik yang paling serasi betul tak? Bile dah serasi get married n try laa setia wif c Serasi tu kan? Mesti nice. Aceh. So korang, sila buat pilihan tepat.


Kalo tersalah pilih bak kata Taylor Swift | Speak Now.. c Wrong Gurl! Mesti korang ada potensi menjadik tidak setia kan? So x nice!


Tapi kisah i lain plak

Dulu i sangat setia wif this Incanto Bliss by Salvatore Feragamo nie. Shine n Bliss x kisah sebab bau dua-dua memang lebey kurang sama. Differencenya cuma c Shine nie edisi awal skit n bau lebey strong skit la.Tu yang tertinggal kat tangga. c Bliss nie plak bau ada soft skit n kadang cam bau bedak pun ada (kata teman i laa -kurang asam kan ?) tapi both bau ala-ala floral-fruity truity skit. Datang dalam kelalang yang so colorful, santek tau! Boleh camtue? Beli ikut kelalang bukan bau (kelalang membawa erti bottle kay? dah cam bahasa makmal sains plak, kelalang, penunu bunsen, picagari dll. haihhhh)

Tiba-tiba...

Ha tahun lepas i dah jadik x setia dah. Orang kata i kena kejutan budaya. Tapi dah memang budaya i sama apa dari dulu n kini. Rasanya perubahan la yang membuat i tidak setia ag, acehhhh. Ke hidung i dah tune lain channel?  
Boss woman is above all romantic and cheerful. She is a dreamer; she is the very essence of feminity, just like imagined by men. [Source : Google]. Ewwww so thin, x sexy la. Eh
Mula-mula i kenal wif c Femme by Hugo Boss. Wahhhhh the smell memang tangkap pengsan, damn hot! Sangat love this smell k. Terasa... Terasa... So Romantik eh tiba tiba. Memang best la. Tapi sama gak tetap ada unsur fuity gak tapi strong n sangat lasting. Memang sangat serasi bersama. Kelalang pun simple jer.

The fragrance is the tenth edition in Paris Hilton’s perfume collection. What separates it from others is its composition based on Hilton’s fascination by Marilyn Monroe. [Source : Google]. Wah getik betul ko ala ala Marilyn Monroe yer!
Pastu i berkenalan plak ngan c Tease by Paris Hilton. Smell good, fruity n hot too tapi tak se"lasting" femme n x se"hot" femme. Tapi layan gak sebab ada ala-ala femme kan. Kelalang bercolor purple n berbentuk unik. Sukaaaaa.

Improved version of Hugo Boss Orange inspired by summer sunset and cocktail of beautiful fruity notes arrives on the market in August 2010.  [Source : Google] Wah so hot bersinglet turqoise eh rabun color, its grey!
Pastu tergoda plak ngan c Orange Sunset by Hugo lagik. Bau tetap ada konsep fruity tapi cam x feminine la. Tapi kan, kan, kan, tang nie memang cam x serasi plak. Smell good kejap lama-lama pakai x sedap n x hot also x lasting. Wrong gurl betul. Tapi boleh laaa layan jugak. Kata mak tak baik membazir nie. So layan. Kelalang santek kurus tinggi cam model.

*** Dalam 3 perfurm tahun lepas nie, i paling jatuh cintan n tangkap lentuk la sama c Femme! Rasa nak sentiasa ada dalam dakapan mu, acehhhh over plak kan?

Tapi.....
Masalahnya skang, korang rasa patut tak i setia pada c Femme ni plak? atau terus mencarik-carik c Serasi yang lain plak? atau mungkin kembali pulang kepada c Incanto Shine? Cerciter n cerbagi idea skit. Sesungguhnya i memang buntu....... Perlukah setia pada yang satu @ ... ?

Tapi.... 
Dah ada calon simpanan untuk menjadi c Serasi.

Dah test - Vanitas by Versace nie pun ada unsur femme. Kelalang cantik tapi warna emas. Dah cam perfurm utk warga mas la pulak. Haha
Blum test - Tapi ada orang kata nie best. eh ye ke? Harus p terai ni. Kelalang turqoise tue. Ahhhh pengsan. [Source : Google]
Sekian Masalah Cinta i. akekekekekekekeke!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ok apa pandangan korang? atau korang ada calon c Serasi yang lain? Takut tersalah pilih n terjadik c Wrong Guy eh silap Wrong Perfurm plak. Masalah nak pilih perfurm jer sebenarnya. Keh keh keh.
 

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday #8 : Festival Layang-Layang Sedunia

Jum ramei-ramei kita ke Pasir Gudang tengok layang layang ke wau ke layang layang gergasi? Tentatif bley tekan SINI
Juz Bebelan LidiaSuraya : Berarak mendung kelabu, Mengekori langkahku, Sepanjang kehidupan, Penuh dugaan, Namun aku tetap aku...  Certeka lagu apa i nyanyi tue? * hint : berkaitan gambar
Kucuba dan terus mencuba, Mencapai suria, Walau membakar jiwa, Walau aku dihina, Namun aku tetap aku... Sob Sob Sob Eh! tersambung nyanyi lagik.

Monday, February 13, 2012

Pizza Valentine

Ok jangan nak salah anggap, bukan nk promote hatta nak galakkan korang celebrate Valentine tp nak habaq kat korang tentang Pizza "Sweet Heart" baru sempena Valentine. X semestinya makan utk celebrate tau and  x semestinya celebrate nak makan. Eh apa ni melalut jer bunyinya.

Taraaaaaa!!! Sweat Heart Pizza. Bentuk heart shape tew n perisa ayam
* shangatttt sesuai pada yang x makan daging lembu.. Hatta kambing bek bek.
Regenya 2 for RM29.90 n 4 for RM39.90. Haaaa sesuai untuk berdua-duaan atau berempat-empatan. Kalo bertiga camner tu? Tenggggggg
Ok niat di hati nak ngoder jugak. Agak pizza bentuk hati ni kerat berapa gamaknya? 6 slice or 8? Ohhhhh xrela hatiku dikerat-kerat inikan dirobek-robekkan (tetiba kuwa ayat nk kena sepak kan? sepak2 manje je kat pipi, bukan cam sepak bola tau). Tapi .........

Tengggg kalah jugak ngan penangan Pizza Raye Cine ni (bagi name suka suki sndr sebab pizza ni kuwar sempena raya cina aritu) 
Rege for 2 RM29.90, 4 for RM49.90.

Ha ni julung-julung kali ada. So korang should try ( masih ada di pasaran) Roti ada serunding pun sodappp pada rege tambahan RM9.90.
Ok, bulan ni jer dah 3 kali i dok telan pizza ni. Memang sumpah sedap. Ada udang dah siap kopek so jangan nak ngader nak suh orang kopekkan. Tapi malam tadi i still terbayang apa ek rasa pizza bentuk hati ni. Huhuhu dasar kuat melantak. Damn!! Malam-malam bley rindu plak kat pizza ni. Hahaha. Anggau terlebey. Perangai betul, x ley aman selagi x rasa pizza baru tapi kalo x tahu ko aman plak kan? Tapi masalahnya jari memang nak selalu ketik SINI. Ha padan la dengan muka, akibat jari, jiwa kacau.

Ha I pernah makan pizza bayar 55 sen cash? Korang pnh? 
Bff i pun dah tak terlayan perangai meroyan pizza i ni. Sob sob sob. Benarnya i malas nak ajak pun coz x dpt la mkn dengan rege 55 sen. Haha bijak x? Dapat coupun makan sorang-sorang
Pizza ni lupa keluaran biler tapi so crunchy macam ada cornflakes.
Ha tang ni mmg i kalah. Cheeeze cheeeeze n cheeeeze plus ag cheeeze powder haaaaa. Baper la berat ni. Penimbang setia i dah rosak plak ni aduyaiiii.

Shooo creamy yet plus cheeeeze powder.
Cepat-cepat dapatkan di pasaran sementara stok masih ada!!!
*x der style jadi duta pizza. Ayat tooo cliche- sila buat gaya Dang Suria komen dalam siri On Air, hangaaat tu!

Juz Bebelan LidiaSuraya : I bley jer makan sorang, jalan-jalan sorang, sopping sorang, wayang sorang. Korang boleh? Cuba terai... Sesekali b lone ranger ni sangat cool ok.. Luangkan masa p dating ngan diri sendiri.