Friday, May 11, 2012

Jumaat, Aku Jatuh Cintaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, I’m in love, I’m in love, I’m in love….. Friday, I’m in lo – o – o – o – o – o – ove! 



Hahaha ok sebenarnya nak citer kat korang about this new drama, Friday I'm In Love yang bersiaran pada jam 830 malam setiap Khamis di TV9. Mengisahkan c Awang lakonan Qi yang sangat mudah jatuh cinta dan kecheeewaaaa. Yang lawak about this drama adalah sejak he sambut ulangtahun umur 21 tahun, he akan jatuh cinta pada tiap kali Friday n yang pelik hanya bertahan tak sampai seminggu. Kira before  Friday he akan break-off dan akan kechewa giler tahap melampau. Konon jer tu, berdrama jer lebeyyyy esoknya Friday he akan dengan mudah jatuh cinta ag wif other gurl plak. Haihhhh lelaki, ini machaaammm pun ada ka?

Sifat Awang yang sangat manis mulut la menyebabkan he sangat mudah menemui cinta, tapi he sangat gelojoh n sangat berkobar-kobar biler bercinta until most gurl jadik tak selesa lepas tu. Paling lawak biler he tak abis abis nak propose those gurl wif a ring.... bukan Habib Jewel Diamond Ring tapi Transformer  Ring  Limited  Edition him! Ayyyyyoooooo gugurl mana yang nak? Aduhhhh kalo i pun i reject mentah mentah. Bukan  materialistik tapi memang x sesuai betul hahahahaha. Tapi lagik tak sesuai n meluat tengok biler lelaki suka mengurat ngan minta no tepon gurl even jumpa di pasar malam adoiii nampak sangatkan mana mana pun mengatal. Geli leher den... Ohhhhh, pleaseeeeee la nak berkawan pun jangan laaa nampak gelojoh camtu. Ewwwwwwwwwwwwwwww.

BFF - suka plak tengok lakonan Hero Vanilla Cokelat n Bella Delly as couple in this drama. Nampak serasi n sweet plak
Ok balik pada this drama yang dah Episode 4, ok those terlepas bley repeat kat tonton.com ok. Kira 4 episode nie dah 4 kali he jatuh cinta. Mula-mula wif Amy, Bella, Chery Sha n latest wif Dina. N fenomena ini diperasan oleh 5 rakan BFF him lakonan Nellydia Senrose, Nabila Delly, Aiman Hakim Redza, Zoey Rahman dan Ryzal Jaafar. Kawan kawan yang sangat care dengan c Awang nie membuat teori yang he akan jatuh cinta pada Friday dan akan Break-off pada Thursday dengan gurl bernama A- Amy B-Bella C-Cherry Sha D-Dina dan E F .... or mungkin till Z? Sejauh mana kebenaran teori depa? Mari kita sama sama tunggu episode seterusnya.

Yang best about this drama is jalan ceritanya yang kelakar n menghiburkan la. N reason setiap wanita yang kechewakan him. Amy mengaku she dah berkahwin hanya kerana tak selesa ngan gelojohnya c Awang ketika menunjukkan cinta to her, Bella plak merupakan wanita yang berminat to wanita, Cheery Sha-gadis indi yang hanya anggap c Awang teman tapi mesra n dah ada BF pun dan Dina tinggalkan Awang sebab she sangat materialistik n malu nak nek motor bumblebee milik awang. Hahahaha memang terhibur. Jum layan...... 
Kena lantik Love Cupid ni untuk Awang temui cinta sejati. hahaha. Anda jatuh cinta hari apa? Teeet soklan cepumas!
Ohhhh lupa plak katanya c Awang terkena sumpahan angkara perselisihan faham ibunya. Jika before he turn 22 he tak bertemu cinta sejati, maka Awang akan bertukar menjadik..... HAMSTER!!! Alolololo chomelnyaaaa la aiiii kalo Qi jadik Hamster. Hahahaha
Friday I'm In Love by OAG | Cinta datang dan pergi Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!
Friday, I’m in love, I’m in love, I’m in love…..Friday, I’m in lo – o – o – o – o – o – ove!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ada yang mudah jatuh cinta tiap tiap minggu pun boleh meet calon. Adaaa yang sukar temui cinta n ada gak yang sangat tak boleh melepaskan cinta. Ermmmmm macam macam angkara cinta kan? Love is blinddddd... as far as the eye can see... Deep and meaningless, words to me... easy lover, I need a friend...Road to nowhere, twist and turns but will this never end! Eh tetiba teringat lagu lama. lalalala.

Wednesday, May 9, 2012

Jengah Jum Bayview Hotel Langkawi

Ok Ok arini terasa nak kembali wif slot jengah jengah hotel. Kira bley laa berangan bejalan kononnya. Nak sedapkan hati n gumbirakan hati. Berangan pun jadik la kan. Padahal duk opis senyap senyap siapkan keje yang berlambak membukit, mengunung n membagai nie. Ok jum lincah kita berangan ke Langkawi semula. Aceh padahal berbulan-bulan dah pergi. Ok tak per. Meh i share about Bayview Hotel Langkawi.

Ok Sangat recomended for those yang memang motif datang langkawi nak bersopping. Memang dekat!
Bayview Hotel Langkawi ni memang located betul betul di tengah tengah Pekan Kuah. Hanya 5 minit dari Jetty tempat Ferry berlabuh n 25 minit dari Airport. So senang korang nak sopping, jalan jalan depan tue dah jumpa tempat sopping-sopping. X yah amik teksi pun. Malam-malam ada pasar malam yang korang bley sopping ag. Nak g bergambar kat Dataran yang ada Helang tue pun dekat, kira 5 minit jer. Sebab Helang tue dekat jer ngan Jetty Ferry

Jalan kaki pun sampai here, tapi kami nek bus sebab bergambar pada panas mentari terik. pastikan bergambar here sebagai tanda reach Langkawi, Kota Helang.
Ok berbalik to Bayview Hotel Langkawi ni,  rate lebih kurang RM210 till RM750 n for gov rate dapatla murah sikitkan. Merupakan hotel 4 bintang yang for me agak selesa jugak la.Jum layan gambar la. Malas la nak bebel banyak-banyak

Not Bad. Simple n welcoming
ok ok lobbynya sangat welcoming tapi tak der ler bermewah mewah pun n kat tepi tue ada konter untuk korang nak book untuk spa kalo nak wink wink (^ ~ ^)

Bilik Twin Sharing yang sangat selesa. Waweiiii
Selesa kan?
Ok my name is Dear MR 825 hahahaha. Best la bley tgok promo yang hotel ni buat tru TV nie. Bijak Bijak TV skang yer.
Ok tak cukup hanya menilai bilik sahaja kalo x nilai Bathroom. I paling suka bathroom yang ada bath tub. Bley berendam menenangkan diri sengsorang. Lagik best kalo ada buble n wangi.  Rendam sampai kecut n confirm badan wangi seminggu
Toleh Kanan... Okey Bersih.
Toleh kiri, Yezzaaaar ada bath tub! Wallaweiii. Wangi la badan seminggu ni!







Toiletteriesss for those pengumpul tegar. I dah tak terlayan nak mengumpul ag. Buat tumpah jer duk dalam drawer tue














Ok enuf about room. Jum kita merasa food kat Flamingo Coffee House. Agak sedap n banyak pilihan. Yang best ada konter omelette. I kalo hotel ada konter omelette je dah heaven for me. Bley makan ngan juadah yang disediakan. Dah cukup leret senyum bila dapat omelette di pagi hari. Kalo dapat telur mata goyang lagik laaaaaaaaa. Sedappppp nya.

Ok section makanan berat.
Ok section minuman n desert n fruitt. Tutty Frutty je tak der. Eh
Telur Mata Goyang. Mee hun jer menu diet i. Aceh!
Ok cukup takat itu tang makan. Selain tue gak ada Spa Alun Alun here pada rege yang reasonable. Bley try, tapi i tak try pun. I bersauna jer di sauna room. Memang aktiviti faveret mesti nak bersauna. Feel so hot while sweating all over body ok.

Swimming pool at level 4. Soo Soo jugak tapi best sebab tak der orang. Kolam ini daku yang punyaaaaaaa. Gedebushhhh

Alun Alun Spa
Feel shooooo hot in here, tapi i bley tertido plak. Bley gitew? Asik laaa tido tido. Haihhh
Ada Gym yang so so jer. Cukup syarat je ek? Amboiii
Bilik seminar yang sangat sejukkk n selesa. Rasa nak tido jer. Ehhhh again membuta je kejenya c Tipah

Ok done mereview about this hotel, kesimpulannya hotel yang selesa n sangat strategik lokasinya. Nak carik local food pun senang dah namanya in town kan? So korang bley la terai k. Nah lawat here untuk more info.

Juz Bebelan LidiaSuraya : Kadang bercuti-cuti nie memang best untuk release-release tension n merehatkan diri. Kalo berseminar dalam bercuti camner plak tue? amboiiii amik kesempatan yer c Tipah. hahahaha. Eh terasa nak makan cokelat laaa plak. Ehhhhhh


Monday, May 7, 2012

Ayam Masak Kubis

Hai, ok arini nak citer about my attempt memasak. Ok lauk sesimple jer, cam ngengader je nak post here. Tapi motif nak ingatkan diri sendiri so next time bley refer balik. Eh ada je alasan kamu yer tipah.

I ni kalo tang masak-masak desert memang i suka, but kalo tang lauk pauk ni... Aduyai. Ok ok diri meningkat remaja kan (huwawawawawa c tak sedar diri), so kena la great in kitchen bukan hanya takat masak desert-desert atau manisan-manisan sahaja. Acehhh. Lepas nie insyaAllah i share my recipe plak untuk desert-desert n manisan-manisan yang terbukti kesedapannya. Acehhh nak jugak menilai tambahkan diri di citu!

Bahan-bahan terbabit. Segar dari ladang. Ok tipu beli kat kedai jer. X der makna nak petik segar dari ladang.
1 biji Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
Lada ikut pedas
Kubis 1 bongkah kecil (eh betul ke penjodoh bilangan nie.huwawawa)
Soon Hoon (direndam dulu bagi lembut)
Ayam sebagai rencah bukan ayam sebagai hidangan utama

1-Ok prepare n potong-potong all bahan-bahan
2-Panaskan minyak n tumis bawang-bawang n lada
3-Masukkan ayam sehingga masak

See ayam berlebey-lebey macam nak masak paprik ayam le plak ke lauk kepada nasik ujang
4-Masukkan garam secukup rasa. Mine is 1 sudu besar garam dan 2 sudu besar gula
5-Masukkan sayur n soon hoon dan layukan sedikit
6-Siap untuk dihidangkan.

Big Clap for myself. Sedap ok juz nice secukup rasa, manis, masin n pedas di bibir skit. Nyummmmy. Terharu plak i untuk peningkatan diri sendiri.
Kenapa i namakannya ayam masak kubis? Kerna ayam lebih banyak dari kubis, patutnya ayam sebagai perencah buat rasa-rasa jer. Haihhh dah memang peel i suka nak mewah-mewahkan rencah-rencah. So i named it Ayam Masak Kubis!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Mode mari memasak. Jum saper nak join i g kelasss macaroon nie? Ayuh Ayuh. Tak sabar nak try ni, dengar kata cam susah je nak buat makharoon ni. Jum cabar diri anda menjadik Great in Kitchen. Zsssssssssssssssst


Wednesday, May 2, 2012

Terasa... Terasa...

Ok bosan petang-petang ari, meh kita layan orang ngengader eh silap c tekak ngegader. Ok normal tak bagik korang bila sakit... Mula la tekak ngengader... Korang rasa kenapa? Tekak yg ngegader atau korang yang ngegader? Hahaha. Tapi dah adat kalo sakit mesti la nak ngegader skit. Baru la nampak sakit .Jum layan c tekak ngegader ni...

Taraaaa perkenalkan McFlurry Horlick baru pada limited time only. Sedap ok. Teringat dulu salu  ratah horlick kat dapur. hewhewhew.

Teringat waktu sakit kecik-kecik, i suka jer biler sakit nak ngegader tekak ni, nak Koko Krunch, nak Air  Kotak Dutch Lady, nak Cokelat Mars. Ha nanti mula la My babah kesayangan sampai  sehari dua dah baik sakit pun, he akan tunggu i waktu rehat wif pesanan-pesanan penaja tue. Masa tue mula la muka bongkak,  makan ngap ngap tak toleh kiri kanan. I luv u la babah! Muahhhssss. 

Ha amik ko layan tekak, air jer bernilai RM62.50. Layannnn tekak tak sedap la katakan. Semua air nak rasa bagik sedap. Ehhh valid ke camtue?
Mulaaaa laa terasa nak makan itu ini plak. Alasan tekak x sedap, aceh konon! Mee hun sup la, bakso la, steamboat la, kew teaw ratna la, up skit nak kfc la, mcflurry horlick la... tutty fruity la...

Haaaa terlibat dalam episode ngegader tekak kali ini. Tapi series sedap. Dapatkan di FoodCourt Kipmart Masai.
Harussss la tak tinggal dari ngegader tekak nie nak Pizza. Sungguhpun lambat, x der hal. Janji nanti i claim Pizza Percuma dah leret senyum tue.

Up lagik... la ni nak maccarooonnnnnn !

Aduyaiii air liur dah memeleleh n memenjejes berhari hari nie. Source | Google
Kat JB ni bukan senang nk carik org jual makharon ni, oooo tekak ko ngader ngade yer? Nasib laa ko ni sakit, sabarkan je melayan ko ni satu satu ko mintak yer.. Cepat laa sembuh sayang oiiii nnti makin banyak ko mintak, kalo takat mintak roti tampal goyang ke mee goreng mamak ke senang la nak layan.. Ini ke main upgrade hari demi hari. Nak masuk minggu ke dua dah ni. Haaa siap lepas dapat makharoon ni ntah apa2 c tekak ni nak ngegader...

Ehhhh ngengader nyer tekak. Apa jadah nya bende alah nie? hahahaha Source | Google
Ehhhh c tekak ngidam ni plak? Ni mmg nk kena hampuk je c tekak ngengader ni kang! Pangggggg! Terus baik!

Juz Bebelan LidiaSuraya :Sebenarnya peyut lapar. Tue yang post makan makan. konon tekak akan stop being ngengader la. Konon..... Hahahaha. Cepat baik yer sayang... Jimat poket i! hahaha

Sunday, April 29, 2012

Mari Jaga Kesihatan Anda

Ok asik menghilang, tapi alhamdulillah, semua insan-insan sakit yang disayangi dah kembali sihat. Aceh alasan menghilang kerana menjaga orang sakit la tu kononnya n akhirnya diri yang selalu sihat terbabit sama. Ok waktu berlegar-legar kat sepital terpanggil la nak p konter pemeriksaan kesihatan. Free kan. Why not untuk g mengepoh kat konter tue. Hahahaha
Aceh Si Berlagak BMI & Kolesterol Unggul, Sehari sebelum kejatuhan kesakitan
  Jum kira ur BMI, senang jer = Berat (KG) / Tinggi * Tinggi (M)
Ok baper bacaan anda ?

18.5 below
Kurang berat badan. Ok jum makan lebey lebey skit.

18.5 -24.9
Normal. Yeayyyy sila berbangga k... 

25.0 - 29.9
Berlebihan Berat Badan. Ok kamu harus berdiet yerrr.

30.0 above
Obesiti. wooooo
Haaaa Bp Unggul Jugak. Juga Sehari sebelum kejatuhan kesakitan. Haha
Ok yang nie tak der nak kira kira DIY k. Korang p la klinik atau sepital . Kalo pergi farmasi pun boleh, korang di caj RM1 sahaja

Normal 
Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 tahun

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 tahun; ubah gaya hidup
 
Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bulan; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

High Blood Pressure nie nampak cam tak seriuskan penyakitnya tapi Dr kata its a silent killer tau! Takut x? So korang p la test BP korang k? For those yang berketurunan sangatlah high risk. 85% daripada faktor keturunan. So know ur BP n take action now k? Jangan asik nak in progresssssss memanjang. Tau peringkat anda n mulakan rawatan seperti yang dicadangkan yer. Bolehhh?

Ok enuf about BP, nak sambung cerita, akibat happy terlebey n terbelagak lebih BMI unggul la BP unggul la amikkkk esoknya i plak terus sakit. Orang yang 2 tahun sekali sakit ni, kalo sakit memang laaa collapse ye dak? Penat g klinik kesihatan 2 kali sampai abis abis ubat i telan tak baik baik. X kira ag kena cucuk amik darah ag. Ewwwwwww sakit tau. Last last g farmasi jer.

Nurofen - sangat sesuai untuk demam yang datang pakej ngan sakit-sakit badan. Also Difflam - untuk sore troat. Makan terus kebas. Telan 3/4 bijik sure baik. Now Mata dah mula memerah. Aduyaiiii kalo kena ni mau cuti seminggu. Haihhhhhh bulan berpenyakitla this April.
Psssttt korang nak tau tak faktor kedua i sakit? Selain akibat bongkak wif  BMI & BP unggul?

Haaa terkejut Tipahhh. Api! Api! Api!
Haaaaa itu die. Kebakaran di tempat kerja ok. Terlebih hidu asap. Dah laaa yang terbakar betul betul atas opis i. Bomba kata cepat 10 minit, else bumbung rentung n runtuh akan collapsekan bangunan yang bawah-bawahnya. Alhamdulillah semua selamat kecuali seorang hero yang pecahkan cermin fire extinguisher, padahal ada jer fire extinguisher yang tergantung x yah pecah pecah berdekatan mangsa. Itu la bila panik semua x bley nak pikirkan. Penting untuk sentiasa pikir rasional n cool walau cemas camner pun yer. InsyaAllah semua dengan Izinnya. 

Jum jaga kesihatan. Eh ye ke? Lalalala
Juz Bebelan LidiaSuraya : Sesunguhnya penyakit itu penghapus dosa dosa kecil. InsyaAllah. Apa pun minumla air masak 8 gelas sehari ok? Nie asik nak air sedap jerrrrr. Ishhhhh. Degil yer.


Monday, April 16, 2012

Wooo Wooo Payless???

Arini nk story pasal shoe. Ewwww tiba-tiba rasa lamanya x shop for wedges. Ehhh alasan la tu nk wedges baru. Ok baru-baru ni, jalan-jalan di Jusco, terjumpa dengan Payless Shoe Source. Wahhh dah namanya shoes kan haruslah i senyum lebar-lebar. Hahaha. Saper yg nak blanjer i shoe? Sila angkat tangan? Ok Ok enuf for this month bajet for sopping k? Dah banyak sangat perabih duit ni.

Why Pay More? Jum Payless ? Ehhh bukan kata mode berjimat ke?
Ok, korang pernah tak jumpa Payless ni? Lain tau konsep berniaga derang. Kalo salu korang p kedai kasut mesti ada sebelah je kn? Then korang try cocok x ngan kaki? Then menyusahkan salesgurl tu mintak size kaki korang kn? Salesgurl carik kat store, kelek kotak n bagi korang try. Ehhh x size la, cuba carik yg besar skit? Ehhh pilih color yg hitam ni jugak k? Eh carikkan pattern yang ni la jugak yer? Yang itu, Yang ini. Pastu korang test n rasa bersalah x membeli n terpaksa beli? Hewhewhew

Semua satu rak ni saiz my feet ok? Ha larat sangat si tipah nie nak foodtest? hahaha
Dan lagi... Kasut sukan untuk jogging n badminton pun adoooo eh!
Konsep kedai payless ni lain sama skali ok. They display shoes dua dua belah n siap dalam kotak n siap susun rak ikut size ok. So kalo kaki anda size 6. Duduk la ngadap rak kasut tu, semuanya size 6 ok, terai laaa sebanyak mana pun, catwalk la korang situ, takder saper nk marah. Sukaaaanyaa i. Eksaited terlebey-lebey. Kalo kenan tak yah susah-susah panggil salesgurl. Terus grab ngan kotak-kotak n bayar. Rege pun sangat reasonable. Antara brand here adalah Airwalk, Zoe & Zac, Montego Bay Club, Lower East Side and etc. Also shoes designed by Christian Siriano available here. Ewahhh. Apa yang i like is wedges-wedges here look awesomeeeeeeeeeeeeeee. Huwarghhhhhhhhhhhhhh! Ok bukan hanya kasut wanita sahaja tau, men shoes n kids shoes pun ada. Geram tengok kasut for kiddos, sangat laaa omeeeeeeeeeeeeeel.

Rasa diri cam c Minnie Mouse yang katik plak bile i pakai this kind of heel. Ewwwww x sesuai tipah! Ha baru RM 30 n RM40 ok.
Ha Size Conversion. So x yah keliru keliru lagik? Soklan Cepumas :  Rasanya My Feet Size baper? 
 Lagi best bawak teman/hb/bf/sister yg ley comment every kasut yg u all nk terai tu. "Ehhh u look hot wif that heel laa!" ehhh " U nmpk rendah laa ngan that shoes" ehhh "I suka u pakai kasut ni la u nampak confident n anggun jer" ehhh "U look chomel wif that minnie mouse shoes la" ehhh "Why u suka wedges? Nak perasan tinggi ek?" ewwwwwww ye segala complen harus dipandang positive. Waweiiii!

Ohhhh i memang sangat n super confident while berwedges biarpun berinci-inci. Will try heel next time k?
Ok berkenan tak rasa nak try g Payless Shoes Source ni? I p kat Jusco Bukit Indah (JB). Rasanya kat Sunway Piramid (KL), Sunway Carnival (Penang) n Mahkota Parade (Melaka) pun ada. Lalalala.
 
Juz Bebelan LidiaSuraya : Ukurla kasut di kaki sendiri. Nanti terkecik n terbesar pasti x selesa kan? So agak-agak la yer jangan manjang nak belanja sesukahati. Ehhh. Walaupun i didnt shop any shoes here tapi tetap tersenyum girang kerana berjaya selamatkan pulusss. Wah mode jimat cermat plak skang k? Jum menabung!

Monday, April 9, 2012

Bandung | Tangkuban Perahu

Aloooooo. Aceh setelah sekian lama menyepi, kini kembali semula. Bajet kepulanganmu dinantilaa tew.. awwww perasan. Ok sorry yer teman teman lama dah tak ngapdet ni. Bz bebenar tapi biler pikir balik apa ntah yang dibzkannya hahahaha alasan sajer kan kamu. Ok jum arini i nak citer about Gunung Tangkuban Perahu. Dah berbulan wisata wisata baru kini ada masa nak bercerciter.

Cantek kan? Dulu katanya pelawat bisa turun ke bawah. Tapi kalo i, bagik free pun tak nak i turun bawah tu, buatnya terpelecok kaki tak pasal je kan?
Tiket : 
Rp. 13,000 warga indonesia / Rp. 50,000 tourist
Rp. 5,000 mobil warga indonesia / Rp. 7,000 mobil tourist
* Tips beli tiket : Biarkan ajaaa supir kamu berbangsa indonesia yang berkata-kata n belikan tiket untuk kalian yaaa.. ngaku jer laaa warga indonesia, murah skit tiketnya. Bijak ngak?

Ok tempat wajib pergi kalo reach Kota Bandung selain tempat bersopping-sopping, haruslaaa ke kawah gunung berapi ni iaitu di Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Terletak di daerah Lembang, sebelah utara Kota Bandung. Tak silap dari Kota Bandung x sampai pun sejam, jarak lebih kurang 30 km. Disarankan korang pergi awal pagi k? Sebab dapat scenery cantek pagi n also tak yah beratur lama nak naik tue. Plus masa lain bley jimat p sopping.

I salu bernasib baik sebab x berkabus. While nak balik kabus pun menebal, tetiba jer.
Perjalanan naik ke kawasan pergunungan ini, korang akan nampak banyak orang menjual kelinci. Chomel chomel berlari larian dalam kandang. Again kelinci adalah arnab n bukan miaaw miaaw k? Tapi biler korang nak reach puncak, ramai plak yang jual satay kelinci. ewwwwwwww poor kelinci yang chomel dah jadik satay. Korang bley ker makan satay kelinci? I tak boleh ok, terbayang kelinci buat muka kiut tak bagik makan die. Tapi  kalo korang tak cakap belanja satay kelinci mesti i lincah jer makan bercucuk cucuk. Ketupat satu!!!
 
Feeling twilight plak tetiba. Mana plak my Mr Edward x dapatkan i ni. Cehhhh kan tipah dah perasan jadi Bella sat. Uwekkk rasa nak muntah!Teenggggg!
Tangkuban perahu nie terdapat 3 kawah gunung berapi, Kawah Ratu, Domas, Upas. Tapi i duk singgah bergambar kat Kawah Ratu jer, sebab bagi i sama jer dah nama pun kawah. So jimat masa sebab ari yang sama nak p berlibur di Trans Studio. Ok next entry nanti citer k? Menurut penjual kat sini ag, pakar geologi akan datang mengambil bacaan keaktifan gunung berapi ini sekali seminggu bagi memastikan ia selamat untuk dilawati. So korang tak yah panik-panik k? Ia selamat untuk dilawati n 1969 adalah tahun terakhir gunung nie meletup.

Ewah nasib tak der angin bertiup. Kemain berani bertenggek atas pagar. Tergolek kang terus jadik satay kelinci eeeeewwwwwww!
Ok kat atas ni tak der aktiviti lain kecuali snap snap gambar n aktiviti membeli belah. Korang tolong laaa kira betul betul betul betul betul. Wahhh banyaknya betul, sebab i dah terkena beli buah rasberry berharga RM75 untuk 3 kotak plus free sekotak strawberry. Kalah harga jusco korang. Haihhh camnelaaa tipah boleh tertipu tipahh oiii!!! Stresss laaa. Tue la punca i terus hilang mode bersopping kat sana aritu. huwawawawa

Ewwwww wajah tipah tertipu . Masih boleh tersenyum kelat, Kelasss rasberry ko tipah. Salu 5 ringgit jer ni ko kena titik sampai 25 ringgit. Damn!!!
Istilah orang bercinta " Lautan Api Sanggup Ku Redah" wah wah ye ye je kan? Baik "Ku Kunci Hatimu Di Dalam Hatiku" n nak lagik kejam campak kunci hati ke dalam kawah gunung berapi tu. Baru la orang lain tak boleh nak rampokkan? Ehhh mengarut jer hahaha
Dilupa jangan sejarah about Tangkuban Perahu. Dengar cerita lagendanya berkaitan kisah percintaan antara ibu n anak. Si ibu, Dayang Sumbi seorang wanita yang jelita n awek muda terpisah dengan anak lelakinya Sangkuriang. One day bertemu n jatuh cinta. Menjelang hari perkahwinan mereka, si ibu barulah perasan anaknya itu, lalu die membuat helah agar tidak berlangsungnya perkahwinan itu. Helahnya, dimintanya Sangkuriang membuat perahu beserta danaunya dalam masa satu malam. Dan bila hati dah sayang n jiwa semakin serasi, Sangkuriang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menerima cabaran tersebut dengan meminta bantuan jin untuk melaksanakannya. Bila Dayang Sumbi mendapat tahu permintaannya hampir tercapai, lalu die berdoa semoga cepat la subuh. Maka subuh tiba dan jin jin tersebut berlarian tidak selesaikan kerja. Sangkuriang marah dan kecewa maka menendang perahu buatannya lalu tertangkup menjadik Tangkuban Perahu. Katanya dari bawah gunung nie kelihatan laksana perahu yang tertangkup. I lupa plak nak meninjau. Nanti kalo korang p boleh la tengok k? Chill n have a nice day!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Arini malas nak bebel. Talking too much pun boleh buat orang muak! uwekkk :P esok lusa atau haaa kan dah mula balik kuat membebel. Dasar kuat omong ini orang yaaaa. Hu hi Hu hi :)