Showing posts with label Lagu Feveret. Show all posts
Showing posts with label Lagu Feveret. Show all posts

Monday, July 23, 2012

OST Dejavu Di Kinabalu

Hellooooo Selamat Berpuasa Semua. Entah kenapa arini mode malas bebel. Nenanti jer la i story morry about this Dejavu Di Kinabalu k. Jum layan ini OST. 

Ready untuk floatinggggg??? 
Meh rasakan penangan cinta Dejavu di Kinabalu.

Butterfly by Melly Feat Andika
Ketika waktu mendatangkan cinta, Aku putuskan memilih dirimu, 
Setitik rasa itu menetes Dan semakin parah...
* Bley ker di samakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga huhuhu

Langit Menangis by Nazim Othman aka Bazli
Seluas angkasa ku hampar cinta, Luhur hati hanya bagimu saja, 
Bagai udara untuk ku bernyawa, Dikaulah cahaya penyuluh jalan gelita
* Amboi waktu sayg pelita la bagai, waktu gado sesuka je nak cakap apa apa kan ? 
Nada suara tu dah lain kan? Haihhhh

Sang Rasa by Adeff
Mulut dan hati selalu bicara beda,Selalu, Izinkan aku bicara apa adanya,
Bahwa cinta pasti kalah oleh rasa di dada,Yang terpenting dari semua yang ada hanyalah,Rasa...
* Marah marah tapi tetap sayg kan? Ewwwww kalo dah marah ari ari setahun tak jumpa pun nak marah. What to say? Masih ada sayg, cinta or ... Tapi orang kata ikutkan rasa binasa. So caner tue?

Suatu Masa by M Nasir
Angin lalu, Kau sampaikan, Rasa rindu yang membara, Kepadanya
*Haaaa sweetkan main pesan pesan kat angin angin lalu. Apa kata pejam mata n rasai daku? 
Ewahhhh pleaseeee laa tipah oiii dah kenaper dalam hati ada taman nie plak haisssssshhh

Ok Sumpah Sweet gilerrrrrs bila main main text camni di zaman super teknologi tinggi yang ley watsapp sewenang-wenangnya. Haihhhh sweet kan? Agaknya kalo dalam kete selisih bley ke main tulis tulis camni? Ok dangerous
 Ok! Ok! Cukup cukup floating meh kembali ke alam nyata.

Entah kenapa cerita nie sooo tacing. Apa kesudahannya? Amar @ Bazli. Do Happy Ending Exist? Hohoho! 

Bebelan LidiaSuraya : Eh again terbebel jugak. Dah jum bazar ramadhan n jangan lupa tonton Dejavu Di Kinabalu at 7 pm TV3 okeh!!!

Wednesday, July 4, 2012

Seindah Sakura

Hi! Sorry yer lama menghilang, bz wif life yg macam macam ni. Huhuhu. Ok kalo salu i review sesi tonton d awal siri drama supaya korang terpengaruh nak tgk, but this time i review setelah abis pun siri drama ni, dengan harapan... meh komen endingnya! Korang layan x this story? Alaa heroinnya Fasha Sandha as Syakira dan heronya Fahrin Ahmad as Aril tu.. I memang x baper minat ngan Fasha ni tapi bagi i dlm drama ni Fasha berjaya buat orang lain think positif pada her. Fahrin, memang i minattt pun.. Eh! Fahrin bile nk kawin yer? Mesti tunggu someone kn? Wah wah... Eh memandai...

Alahaiii cinta bersatu di Parisssss. Sama je cam Ariana Mikail. Bersatu cinta semulaaa mesti di Parisss, harusss kaa? So sesapa nak p Paris jum menabung rm200 sebulan hahaha
Syakira dalam this story seorang yang cekal hati, tabah, sabar dalam tempuhi kehidupan her yg penuh pancaroba. Acececeh. Tidak ketinggalan she seorang yg degil jugak n kuat melawan. Biasa laa tu setiap orang ada kelebihan n kelemahan memasing, dah namanya manusia ye dak? Tapi yang penting try to balancekan dalam kehidupan anda. X yah laaa korang tau kelemahan diri n terus anggap ia sifat sifat dari lahir ag kan? No No No! Yg lemah try perbaiki ok, contohnya anda x geti memasak maka anda pergila belajar memasak n rajin rajin memasak k. Gerenti 1 ari nanti korang pandai memasak n dapat memasak dengan sedap. Ok yang memang kelebihan diri anda plak try maintainkan yer. Contoh anda seorang yang cool n penyabar, so dalam apa keadaan pun korang mesti cool n bersabar. Haihhhh tipah munasabah diri nampaknya di pagi pagi hari ini. Ok enuf kembali kepada Seindah Sakura...

I memang tonton this story siap tetes tetes air mata terutama di part part awal sebab c Fasha ni kena survive sendiri setelah ditinggalkan her mom. Memang sedey bila ditinggalkan orang yang tersayang n she setiap masa manunggu kepulangan her mom di tepi pantai. Yang bagusnya, she sentiasa think positive tentang her mom walaupun sangat terbeban n sengsara ketika menjaga onyangnya. Kredit jugak to onyang lakonan Mak Mah yang mampu bawak watak onyang dengan jayanya.

 
Buatku Di Sana by Mafa Feet Ronnie OST Seindah Sakura | Usah menangis sendiri, Sayang ku kan pergi, Senyumlah usah meratapi, Kala ada masa kita ditakdir yang Esa, Cukuplah buatku disana...
 Aku bagai bintang menghiasi alam maya, Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya, Detik percintaan persis satu anugerah, Aku pinta hanya bercinta... Ewah jum layan lagu nie. 

Kemudian hadir la Aril dalam episode hidup Syakira apabila Aril ditugaskn sebagai guru di sekolah Syakira. Pada mulanya mestila sentiasa bergado berdua sebelum cinta itu berputik. Aril sentiasa mencari kesalahan syakira kerana bagi him Syakira seorang pelajar yg bermasalah n harus didenda. Syakira plak memang malas melayan perangai Aril kerana bagi her orang cam Aril memang x akan memahami masalah her yg idup dalam kemiskinan. So dipendekkan citer, 1 day Aril tersedar n try perbaiki kesalahan him dengan sentiasa memberi kata-kata nasihat.

Seindah Sakura - jadilah seperti bunga sakura, walaupun jangka hayat kehidupannya singkat namun tetap cantik. Maka kita as manusia selagi ada hayat, teruslah indahkan hidup kita dan jangan amik peduli hal hal remeh yang berlaku. Sweet kan? So indahkan dan ceriakan la hidup anda. Try make urself happy, only diri kita jer yang tau camner nak happykan diri kita sendiri kan? Cam i suka jer nak p melabur kat spa spa untuk memotivasikan diri. Sooo relaxing. Eh kan kena jadik sakura, hidup singkat tapi tetap cantek. ok enuf k tipah, c hebat memberi justifikasi. Aceh!

Sebenarnya korang happy x tengok ending Seindah Sakura ni? Happy ending cam Ariana Mikail. Yeay! Kisah cinta yg suci akhirnya bersatu juga, biarlaa apa pun halangan akhirnya bersama n live happily ever after. Ewahhh cam story dalam bedtime story kanak kanak plak kannn? Tapi mesti ada yang pikir sepatutnya Syakira berbahgia bersama paksu Aril kan? Kerana he yang menjadik hero sebenar sebab selamatkan Syakira n berkorban a lot untuk Syakira kan? Tapi dah memang jodoh mereka setakat itu n sungguh mulia hati Paksu Aril ni hingga sanggup melepaskan Syakira untuk mencari kebahagian yang sebenarnya. Weeeewitttt. Cayala Dato Eizlan. :)

Cam kata orang asam di darat, ikan di laut bertemu juga jadi gulai yang nyummy. I likeeee hirup hirup kuah ni cam soup. Eh gulai ke asam pedas ek?

Ok now slot akasia ni diganti ngan citer Dejavu Kinabalu. Jum layan, best tau about cintan cintun jugak, even umur tak panjang jantung yang masih berdegup tetap terus mencintai kekasih hati. Eh camner tue? Nak tau jum layan Tizz n Aqasha dalam Dejavu Kinabalu.

Juz Bebelan LidiaSuraya :  Esok Nisfu Syaban, arini jum tutup buku lama n buka buku baru. Ayuh...

Wednesday, June 6, 2012

Bumper to Bumber ... Again n Again!!!

Bumper to Bumper... Again n Again!!! Ok bukan! bukan! bukan nak story pasal kete langgar-langgar  bumper to bumper yang korang main kat Genting Highland tu k? Bukannn salah sama sekali! Ini seriusssssssssssss!!! Hahaha x yah kerooot keroootkan dahi korang nanti cepat tua.  Stay calm n relaxxxxxxx sudah. Sebenarnya since mood pun tak berapa nak best, i nak citer bende yang tak best yang salu happen to me. Sesambil tu jadikan pedoman. Yang baik dijadikan ikutan yang buruk dijadikan sempadan. Ewaaaaaah ewaaaaah si tipah kalo berkata-kata. Memang x nak kalah. Hahaha ok nak share ngan korang wat to do biler involve dalam bumper to bumper eksiden. Mintak mintak korang dihindarkan dari segala yang tak elok k? Chill n Have a nice day! Ehhh tetiba.

My Kuda Hitam asik laaa kena laaaanggar!!! Ewwwwwwww

Ok, sebenarnya pagi semalam nyaris nyaris dihentam lagi. Again n again. Baru teringat utang nak post this entry, lama dah niat di hati. Ok lebey kurang 2/3 bulan lepas, i pun tak ingat biler n malas nak ingat. My car dihentam sekali ag. Rasanya dah hampir 4 tahun i work area Pasir Gudang ni ,dah hampir 5 kali kot terbabit ngan adegan bumper to bumper ini. Huwarghhhhhhhhhh. Ha! Mesti korang nak cakap i memandu secara merbahayakan kesihatan kan? Ok tidak tidak! Ok dah malas nak dengar kena marah ag! Ohhh plssss kete i dah kena hentam jangan nak bebel-bebel. Talking too much pun boleh buat orang muak ok! Malang tu kan tak berbau. Ye dak? So jum apa patut korang buat ek kalo kete korang dilanggar bumper to bumper atau kalo korang p langgar bumper awek cun dihadapan anda. Sajer ko kan taktik mengurat ke hapo? Ewwwwww x sesuai ok?

1- Berdentum. Keceper dahh so tak ley buat apa. Tarik nafas dalam dalam. Baca la doa segala apa yang boleh buat hati korang calm. Again apa pun situasinya perlu tenang sebab kalo korang mengelabah, satu haram pun tak settle. Ok tarik nafas ag... Gigil kepala lutut memang biasa tapi muka maintain tenang k?
2- Korang turun la n tengok seteruk mana kete korang kena hentam & kereta yang menghentam serta catatkan no flat, jenis kenderaan dan no phone yang terbabit. To all ladies yang memandu bukak kasut tu, sila pakai kasut kembali n pastikan anda anggun bergaya turun kereta. Ehhh sempat lagik pikir. Hahaha. Sebab semua orang yang lalu akan peratikan anda sebabnya korang berjaya menyesakkan lalu lintas kat situ. So nampak tak cun ok kalo berkaki ayam keluar. Hahaha i pernah see this. Jalan raya kan panas kakak oiiiii. Dah p masuk pakai selipar!
3- Alihkan kenderaan ke tepi. Ok yang nie korang jangan laaa nak buat drama plak x nak alihkan kete nak tunggu polis sampai. Hello... its a small eksident jer. tak yah nak kecoh kecoh ok. "U boleh terus alih keta supaya U tak menyusahkan orang lain" Haaa kan dah kena sekolah! Kecuali jika kemalangan menyebabkan kematian, iyer sila jangan alih sampai polis datang.
4- Try nego - "U nak pay me ke U nak guna insurans?" Ceriter banyak tak der guna ok. Tak yah la nak salahkan orang tue langgar. Dah memang langgar. Yang pentingnya korang selamat kan? Tapi memang la kadang i pun tak cukup sabar nak sekolahkan orang yang menyusahkan hidup i untuk hari itu. Kalo pilih to pay me ha bak sini duit @ salunya orang yang langgar kita tu akan hantar kete kita p bengkel tapi lagik selamat kalo korang yang pilih bengkel n let them pay for ur lost k? Again to all ladies driver, nak p bengkel nie bertemankan la lelaki, tak manis korang pompuan g sendiri bukan tak manis bahaya la bagi i, so utamakan keselamatan, p laa angkut BF korang ke HB korang ke atau at least opismate korang. Kalo pilih untuk claim insuran plak sila ke step 5.
5- Sebelum korang p launch polis report pastikan lesen anda hidup & Roadtax kete anda pun hidup. Huwarghhhh mine mati 3 hari before eksiden. Dah laaa dah sampai balai, terpaksa bermadah helah ngan pak polisi. Escape jap p pejabat pos renew lesen.

Haihhh tipahhh banyak sangat ko pikir sampai lupa renew lesen kan!  

Hai abang polis, tak yah laaa nak ctrl muka garang sangat tp he sempat ag tanya "Tadik dah nampak awak kat situ pastu ilang pastu ada balik" Taaaaanggg kantoi pergi renew lesen... hahaha
6-If nak claim insurans, buat laporan polis di balai polis berdekatan. If eksiden area Pasir Gudang so Balai Polis Pasir Gudang la bukan Balai Polis Skudai. Lawak laaaa kamu nie ajak i report kat Balai Polis Skudai. Chommeeeelnya muka kamu! Hehehe. Waktu kat balai nie plak ada 3 proses ag : aduan kemalangan, siasatan dan sesi fotografi.

Bilik siasatan, huhuhu cam bersalah plak kena soal siasat.  Tak Suka!

Untuk aduan kemalagan nie polis akan tanya butir peribadi n butir eksiden  eg pukul baper kejadian, anda dari mana nak kemana, no flat kete n jenis yang terbabit, kerosakan yang dialami n kecederaan yang dialami. Then process ke bahagian siasatan. Korang akan disiasat n kat sini boleh citer panjang lebar about eksiden n dari situ depa judge salah saper. If bersalah tue yang kena denda RM 300 kalo tak silap. Then depa akan amik gambar. Ok jangan perasan, amik gambar kete korang jer. Empunya tak yah! Lepas dah abis tue boleh mintak printkan laporan tu untuk claim insuran
8-Tamat. Boleh laaa cari bengkel p repair kete. Hehehehe

Tapi a week lepas i eksiden tue, i punya laa baik beratur kat tol, touch n go dah abis plak. Elok kete blakang keceper my bumper again! Sayu hati i. Walaupun it juz a small scratch jer tapi tetap hati sentap . Haihhh ok kelima-lima eksiden berlaku adalah bukan salah i ok. Kecuali 1 jer time tu berangan tengok pool n tak sempat break. So that time bijak da, tak nak buat report nak save RM300 n pay for the other car lost about RM200 bijak x??? Hahahaha

Apa pun jum have a break. Have a kit kat! Stressssssssssssssss!




Ok Apa pun korang, walaupun bukan kesalahan kita sometime eksiden nie berlaku, tapi tetap kena memandu berhati hati k? Pesanan iklas dari i huwawawawawawa. Saper laaa i nak nasihatkan korang kan ? Ok jum jum berdoa semoga dijauhkan dari segala kejadian yang tidak diingini... Amin.

Biler dah streesss haruslaaa layan lagu Katy Perry | Part of me

Things like this i wanna drive away ehhh...... This is a part of me that you're never gonna ever take away from me, nooooo!
Ada masalah? Hahaha dah bukan my fault ok asik eksiden. Huhuhu!
Juz Bebelan LidiaSuraya : Hanya mampu tersenyum n tersenyummm kelat bila segala musibah menimpa. Munasabah diri, try carik kesalahan diri sendiri dari menunding kesalahan to others. Sebab korang memang tak boleh ubah others kecuali diri sendiri yang boleh berubah. Pikir balik rezki yang yang korang dapat telah di zakatkan? Bagik parent x? Bagi tabung masjid x? Bagik kepada yang memerlukan x? Apa pun tabahkan hati k hadapi segala cubaaaaaaaaan! Happiness will find us at the end. Trust me!

Wednesday, May 30, 2012

Puding Custard Nyummy Nyummy

Heiiii lamanya x bersiaran. Aceh. Sorry hard time n sangat bz lately. Now baru laaa ada masa nak bernafas skit, so jum i berbaik hati nak share my recipe "Puding Custard Nyummy Nyummy". Acehhh bajet sedap sangat laaa tue recipenya tu tipah. Hahahaha. Ok meh i nak ajar korang nie. Senang jer. Masa penyediaan pun tak sampai 30 minit pun. So jangan memalas. Ayuh kita sahut cabaran Great In Kitchen ini. Apa pun jadik cabaran harus diteruskan demi peningkatan diri sendiri!

Bahan-bahan terbabit. Dapatkan Bird Custard k? Recommended Fruit Cocktail jenama Ligo. Sungguh pekat syrupnya. I likeeeeeeeeeeeeeee. Lebih Enak jika berlongan jugak.
1 paket tepung bird's custard
1 tin susu sejat aka cair
3 cawan gula pasir
1 tin fruit cocktail + longan @ ikut selera nak buah buahan apa eg. peach ke rambutan ke bla bla bla

Puding Custard
1- Masukkan 2 cawan tepung bird custard + 10 cawan air + 1 cawan susu sejat + 1 cawan gula pasir
2- Masakkan atas dapur api sederhana sehingga ia pekat n berkilat
3- Tuang dalam bekas-bekas @ loyang yer

Inilah sukatan cawan nya. Agak agak la if guna this cup untuk measure tepung so guna cup yang sama to measure air. Kang terkeras or terlembek plak ur custard kang. Dah tak dapat custard yang gebusss like mine. Ewahhhhh
Ok jangan panik. Ia memang meletup letup cam gunung berapi skit. Pastikan ia pekat n likat n kilat. Ehhh waktu nie kalau yang pengemar manis bley tambah skit lagik gula. Cam i suka nak tambah 5 sudu gula ag here. Hahahaha. Manis lebey tak per garam kurangkan. ehhh pepandai jer c tipah nie. Suka nak sweet sweet.

Gravy Puding
1- Masukkan saki baki tepung bird custard + saki baki susu sejat tu + 2 cawan gula + 15 cawan air. (nak kuah lebey bley tambah ag nak pekat bley kurangkan. Sesuka rasa anda ok.)
2- Masakkan atas dapur sehingga mendidih 

I guna rice cooker masak gravy nya. Asal boleh jer kan? Yang penting sodapppp

Penyediaan

Potongkan puding custard + tuangkan gravy + campurkan fruit cocktail  + longan di atas sebagai hiasan dan penyedap rasa + ais. Siap!

Taraaaa dah siap dalam masa 30 minit. Sila sila jamu mata anda. Huhi huhi.



Jum layan this VC ost Seindah Sakura by Hyperact - Harapan
Harapan, Harapan menjadi layu, Ingin ku bahgia bersama, Menjadi kenangan, Memburu impian masa kita
Selamanya, Dan angin kan memanggil, Bagai ada musafir, Hadirnya pergi tiada berjanji, Mungkin seketika,
Ku merasa cintanya, Bagai dibelai mimpi sempurna

Juz Bebelan LidiaSuraya : Semoga manisan manisan menjadikan anda seorang yang sweet. X salah pun bermanis mulut ketika berkata-kata n x salah mengharapkan yang manis namun hanya diri sendiri yang mampu mengubah. Ewahhhhhh. Dah x yah nak jerit jerit mari kita smileeeee baru la anda jadik sesweet puding custard nyummy nyummy nie.



Friday, May 11, 2012

Jumaat, Aku Jatuh Cintaaaaaaaaaaaaaaa...

Friday, I’m in love, I’m in love, I’m in love….. Friday, I’m in lo – o – o – o – o – o – ove! 



Hahaha ok sebenarnya nak citer kat korang about this new drama, Friday I'm In Love yang bersiaran pada jam 830 malam setiap Khamis di TV9. Mengisahkan c Awang lakonan Qi yang sangat mudah jatuh cinta dan kecheeewaaaa. Yang lawak about this drama adalah sejak he sambut ulangtahun umur 21 tahun, he akan jatuh cinta pada tiap kali Friday n yang pelik hanya bertahan tak sampai seminggu. Kira before  Friday he akan break-off dan akan kechewa giler tahap melampau. Konon jer tu, berdrama jer lebeyyyy esoknya Friday he akan dengan mudah jatuh cinta ag wif other gurl plak. Haihhhh lelaki, ini machaaammm pun ada ka?

Sifat Awang yang sangat manis mulut la menyebabkan he sangat mudah menemui cinta, tapi he sangat gelojoh n sangat berkobar-kobar biler bercinta until most gurl jadik tak selesa lepas tu. Paling lawak biler he tak abis abis nak propose those gurl wif a ring.... bukan Habib Jewel Diamond Ring tapi Transformer  Ring  Limited  Edition him! Ayyyyyoooooo gugurl mana yang nak? Aduhhhh kalo i pun i reject mentah mentah. Bukan  materialistik tapi memang x sesuai betul hahahahaha. Tapi lagik tak sesuai n meluat tengok biler lelaki suka mengurat ngan minta no tepon gurl even jumpa di pasar malam adoiii nampak sangatkan mana mana pun mengatal. Geli leher den... Ohhhhh, pleaseeeeee la nak berkawan pun jangan laaa nampak gelojoh camtu. Ewwwwwwwwwwwwwwww.

BFF - suka plak tengok lakonan Hero Vanilla Cokelat n Bella Delly as couple in this drama. Nampak serasi n sweet plak
Ok balik pada this drama yang dah Episode 4, ok those terlepas bley repeat kat tonton.com ok. Kira 4 episode nie dah 4 kali he jatuh cinta. Mula-mula wif Amy, Bella, Chery Sha n latest wif Dina. N fenomena ini diperasan oleh 5 rakan BFF him lakonan Nellydia Senrose, Nabila Delly, Aiman Hakim Redza, Zoey Rahman dan Ryzal Jaafar. Kawan kawan yang sangat care dengan c Awang nie membuat teori yang he akan jatuh cinta pada Friday dan akan Break-off pada Thursday dengan gurl bernama A- Amy B-Bella C-Cherry Sha D-Dina dan E F .... or mungkin till Z? Sejauh mana kebenaran teori depa? Mari kita sama sama tunggu episode seterusnya.

Yang best about this drama is jalan ceritanya yang kelakar n menghiburkan la. N reason setiap wanita yang kechewakan him. Amy mengaku she dah berkahwin hanya kerana tak selesa ngan gelojohnya c Awang ketika menunjukkan cinta to her, Bella plak merupakan wanita yang berminat to wanita, Cheery Sha-gadis indi yang hanya anggap c Awang teman tapi mesra n dah ada BF pun dan Dina tinggalkan Awang sebab she sangat materialistik n malu nak nek motor bumblebee milik awang. Hahahaha memang terhibur. Jum layan...... 
Kena lantik Love Cupid ni untuk Awang temui cinta sejati. hahaha. Anda jatuh cinta hari apa? Teeet soklan cepumas!
Ohhhh lupa plak katanya c Awang terkena sumpahan angkara perselisihan faham ibunya. Jika before he turn 22 he tak bertemu cinta sejati, maka Awang akan bertukar menjadik..... HAMSTER!!! Alolololo chomelnyaaaa la aiiii kalo Qi jadik Hamster. Hahahaha
Friday I'm In Love by OAG | Cinta datang dan pergi Lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi!
Friday, I’m in love, I’m in love, I’m in love…..Friday, I’m in lo – o – o – o – o – o – ove!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ada yang mudah jatuh cinta tiap tiap minggu pun boleh meet calon. Adaaa yang sukar temui cinta n ada gak yang sangat tak boleh melepaskan cinta. Ermmmmm macam macam angkara cinta kan? Love is blinddddd... as far as the eye can see... Deep and meaningless, words to me... easy lover, I need a friend...Road to nowhere, twist and turns but will this never end! Eh tetiba teringat lagu lama. lalalala.

Saturday, March 3, 2012

Kembali pulang

Bintang terlihat terang - saat dirimu datang - cinta yang dulu hilang - kini kembali pulang... Okehhh jangan nak salah paham je kejenya. Bukan cinta yang kembali pulang, tapi i la yang kembali pulang. Sangat-sangat miss u all. Okeh nanti i jengah-jengah korang blik k. Letihnya n betul kata ch000tz yang i pengsan lepas full swing berjalan about 2 weeks. hwahwahwa. Abis la korang kena dengar i bebel-bebel pasal my journey nanti, mau berentry-entry pas ni.

Ha ni beg waktu balik Langkawi. Kan dah cakap will beranak. Nasib x bercucu n bercicit sebenarnya tahan diri konon nak save for Jakarta Trip la. Konon laaa konon...
Wajib beli kalo g Langkawi kan? Cokelat Daim. Heavennya klo duduk Langkawi mau jahanam gigi i ni ke jahanam poket i? I am a Cokelat Lover.

Jumlah kerugian untuk 4H 3M : RM519.45
 * percutian di sponser kan harus la x banyak jumlah kerugiannya
Ni plak hasil tangkapan di Jakarta. Baikkn sopping ala kadar jer. Mana entah mode bersopping2 ni. Hatiku tertinggal di Malaysia kot aritu.
Harusla x lupa beli brownies Kartika Sari n tapau pulang orange c1000. Naper ek kat sini x der jual. C1000  minuman isotonik yang mengandungi vitamin c1000 mg good for our body n skin.
Jumlah kerugian untuk 6H 5M : RM2738.00
* sopping x seberapa pun huhuhu ni. Percutian ini ditaja diri sendiri n tong tong wif sis. Kira ok la tu untuk 6H 5M kn?




Makin gomoks n tanned, gumbira untuk keberangkatan.Yeahhhhhhh kembali pulang.

Setibanya dirumah i receive this gift. Jeng jeng
Ok jangan nak x keruan tengok kotak luv luv tu n jangan nak salah anggap okehhh. Lincah-lincah bukak rupanya from remyhazza. Lupa plak i ni pemenang bertuah dalam contest his 1st year anni aritu. Tq Remy tp kan... kan...

 Huwarghhhh it was broken.Tapi kata-kata yang cukup indah from him.
Nanti I balas wif small souvenier from Jakarta k nanti. *remy sila mailkan ur alamat k? 
 

Jum sempat ag layan this song by One Direction " What Makes You Beautiful". 
* Pengsan jap kalo dedicate for me. awwwwww perasan.
 You don't know, Oh oh, You don't know you're beautiful, Oh oh, That's what makes you beautiful!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ye ke jalan- jalan n sopping-sopping ley buat anda gumbiraaaaaa? Ermmmm

Friday, February 17, 2012

Setia Pada Yang Satu @ ... ?

Hai :) Ok if selalu i share my moment sambil selitkan sedikit info untuk korang, today rasanya nak mintak pandangan korang la. Patut ke x patut untuk setia pada yang satu. Ermmmmmmm (mode berfikir). Memang la orang kata kita mesti setia pada yang satu namun, bagi i plak tak salah berkawan bia seribu berkasih bia sorang? kan? Bia la ramai yang minat kat kita asalkan kita tau kita mencintai dia sorang jer. Acecece.

Ok camnie situasi nya. 
Jika c X berkawan ngan c N ke, c M ke, c O ke, c P ke or even sampai Z pun, tak salah kan? Berkawan beramai-ramai n buat pilihan yang tepat untuk mencarik yang paling serasi betul tak? Bile dah serasi get married n try laa setia wif c Serasi tu kan? Mesti nice. Aceh. So korang, sila buat pilihan tepat.


Kalo tersalah pilih bak kata Taylor Swift | Speak Now.. c Wrong Gurl! Mesti korang ada potensi menjadik tidak setia kan? So x nice!


Tapi kisah i lain plak

Dulu i sangat setia wif this Incanto Bliss by Salvatore Feragamo nie. Shine n Bliss x kisah sebab bau dua-dua memang lebey kurang sama. Differencenya cuma c Shine nie edisi awal skit n bau lebey strong skit la.Tu yang tertinggal kat tangga. c Bliss nie plak bau ada soft skit n kadang cam bau bedak pun ada (kata teman i laa -kurang asam kan ?) tapi both bau ala-ala floral-fruity truity skit. Datang dalam kelalang yang so colorful, santek tau! Boleh camtue? Beli ikut kelalang bukan bau (kelalang membawa erti bottle kay? dah cam bahasa makmal sains plak, kelalang, penunu bunsen, picagari dll. haihhhh)

Tiba-tiba...

Ha tahun lepas i dah jadik x setia dah. Orang kata i kena kejutan budaya. Tapi dah memang budaya i sama apa dari dulu n kini. Rasanya perubahan la yang membuat i tidak setia ag, acehhhh. Ke hidung i dah tune lain channel?  
Boss woman is above all romantic and cheerful. She is a dreamer; she is the very essence of feminity, just like imagined by men. [Source : Google]. Ewwww so thin, x sexy la. Eh
Mula-mula i kenal wif c Femme by Hugo Boss. Wahhhhh the smell memang tangkap pengsan, damn hot! Sangat love this smell k. Terasa... Terasa... So Romantik eh tiba tiba. Memang best la. Tapi sama gak tetap ada unsur fuity gak tapi strong n sangat lasting. Memang sangat serasi bersama. Kelalang pun simple jer.

The fragrance is the tenth edition in Paris Hilton’s perfume collection. What separates it from others is its composition based on Hilton’s fascination by Marilyn Monroe. [Source : Google]. Wah getik betul ko ala ala Marilyn Monroe yer!
Pastu i berkenalan plak ngan c Tease by Paris Hilton. Smell good, fruity n hot too tapi tak se"lasting" femme n x se"hot" femme. Tapi layan gak sebab ada ala-ala femme kan. Kelalang bercolor purple n berbentuk unik. Sukaaaaa.

Improved version of Hugo Boss Orange inspired by summer sunset and cocktail of beautiful fruity notes arrives on the market in August 2010.  [Source : Google] Wah so hot bersinglet turqoise eh rabun color, its grey!
Pastu tergoda plak ngan c Orange Sunset by Hugo lagik. Bau tetap ada konsep fruity tapi cam x feminine la. Tapi kan, kan, kan, tang nie memang cam x serasi plak. Smell good kejap lama-lama pakai x sedap n x hot also x lasting. Wrong gurl betul. Tapi boleh laaa layan jugak. Kata mak tak baik membazir nie. So layan. Kelalang santek kurus tinggi cam model.

*** Dalam 3 perfurm tahun lepas nie, i paling jatuh cintan n tangkap lentuk la sama c Femme! Rasa nak sentiasa ada dalam dakapan mu, acehhhh over plak kan?

Tapi.....
Masalahnya skang, korang rasa patut tak i setia pada c Femme ni plak? atau terus mencarik-carik c Serasi yang lain plak? atau mungkin kembali pulang kepada c Incanto Shine? Cerciter n cerbagi idea skit. Sesungguhnya i memang buntu....... Perlukah setia pada yang satu @ ... ?

Tapi.... 
Dah ada calon simpanan untuk menjadi c Serasi.

Dah test - Vanitas by Versace nie pun ada unsur femme. Kelalang cantik tapi warna emas. Dah cam perfurm utk warga mas la pulak. Haha
Blum test - Tapi ada orang kata nie best. eh ye ke? Harus p terai ni. Kelalang turqoise tue. Ahhhh pengsan. [Source : Google]
Sekian Masalah Cinta i. akekekekekekekeke!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ok apa pandangan korang? atau korang ada calon c Serasi yang lain? Takut tersalah pilih n terjadik c Wrong Guy eh silap Wrong Perfurm plak. Masalah nak pilih perfurm jer sebenarnya. Keh keh keh.
 

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #7 : Terukir Di Bintang 1000 Tahun

Korang nampak x bintang? Cepat carik...
Sayangku, Jangan kau persoalkan siapa dihatiku, Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...(pengsannnnnn)

I have loved you for a thousand years, I love you for a thousand more...
(pengsan lagik)

Juz Bebelan LidiaSuraya : I memang kuat bebelkan? x gheti-gheti konsep WW. Sorry!
* Ok VC tiada kena mengena ngan sesape, its juz lagu yang sangat ssheeeweeeet kan kan kan? 

Friday, January 20, 2012

Tonton Ariana Mikhail

Yup... Dulu fenomena Tentang Dhiya la ni plak baru bermula Ariana Mikhail plak. Baru episode 2. Rerasanya akan meletup cam Tentang Dhiya x citer ni? Dua-dua lakonan Nora Danish tu. I sangat like ini feremfuan tau, coz for me she sangat chomel n sangat la lembut n x der laa layan gosip-gosip wif mana-mana guy n yet she shoooo innocent kn plus her cheekbone sentiasa blush. Really hot mum ok! Tapi tetap gak ada guy yg x pandai appreciate her kn. Poor her. 

Layan.. Tonton.com. I mmg asik terlepas nk tgok kt tb. Sib baik laaa ada tonton.com... Ngehhhhh
If Tentang Dhiya, she belakon as gadis kampung yang sangat innocent 
but dalam Ariana Mikhail ni she as wanita bandar yg belajar di state n bercuti di Paris n terjatuh hati kat Mikhail plak.(gadis kampung or bandar she tetap maintain cun ok)


If Tentang Dhiya berkisahkan kisah cinta yg penuh halangan dan dugaan kan until akhirnya kedua2 nya terkorban dalam mempertahankan cinta mereka. 
but dalam Ariana Mikhail ni, cinta her wif mikhail cepat betul berbalas n mekar. Baru episode 2, mikhail nk marry her dah ... I guess mesti lepas kawin sure byk dugaan kot? (tapi cinta sejati memang akan banyak halangan gaknya kan?)

If Tentang Dhiya end up wif a sad ending (huhuhu nyampah betul). X puas hati betul ngan ending this story.
but dalam Ariana Mikhail ni, rerasanya happy ending ke sad ending? Huhuhu jum sama2 kita layannnnn n tunggu ke penghujung cuter ni kay?

Lagu OST Ariana Mikhail : "Sedang Apa & Dimana" Sammy Simorangkir

Also jum Tonton Vanilla Coklat.  

Plg x bley blah bl that gurl x tau lipat kain n also kuat nyepah. Lalalala..
Baru episode 5. Kisah 2 orang yg berperangai jauh berbeza tapi kena paksa kawin. Kira family arrangement la dengan harapan perangai anak-anak depa Amir (jejaka yang suka berfoya-foya ) n Zara (gadis yang x pandai langsung buat keje umah. All provided. ) berubah. Mesti endingnya depa luv each other kan? kan? kan?
 
 Lagu OST vanilla Cokelat : "Penerang Hati" 6ixth Sense Feat Saujana
Engkau Penjaga Hatiku, Pendamping Jiwaku, Cerahkan Cintaku, Cinta Yang Abadi

Lagu OST vanilla Cokelat juga : "Tapi Bagaimana" Spider Sedap gak this song. Layan ag.

Ha cuti raya cina panjang kan, apa ag layan Tonton citer Ashiteru plak. 
Lokasi pengambaran kat Pulau Pangkor tu. I likeeeeeeeeee
 Baru episode 6.  Nie pun lawak jugak n satu ag kisah cinta kawin paksa.(wujud ag ke dalam alam nyata bab-bab kawin paksa ni ek?) Haaa Dari kereeek (nyombong) x pasal2 mamat tu dendam n nk bergurau n tak pasal2 gak kena kawin. Amikkkkk ko! So moral of the story. Jgn sombong2 ok.


Lagu OST Ashiteru yang best (tapi lagu lama dah nie) : "Cinta Gila"  Grey Sky Morning . Layannn

Juz Bebelan LidiaSuraya : Banyaknya citer-citer cintan lately. X der ker kisah kekeluargaan ke? Ada x citer best sempena this CNY ek? Layan.... Also jangan lupa makan prosperity berger okeh? Haruskaaaa??? Hahaha Ok. "Happy Holiday" yer teman-teman. Jangan lupa balik kg, kunci pintu n bawak kete hati-hati!

Sunday, December 11, 2011

Today My Life Begins


I've been working hard so long
seems like pain has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learn how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the taking
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets

so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

Hope hari-hari mendatang seindah pelangi petang... Chewawawawahhhh. Berangan!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Rasa sungguh bersemangat to start the whole new life lepas dengar this song ok! Lincah ... Life Juz Begin will start membebel about LidiaSuraya new Life. ;)