Sunday, April 29, 2012

Mari Jaga Kesihatan Anda

Ok asik menghilang, tapi alhamdulillah, semua insan-insan sakit yang disayangi dah kembali sihat. Aceh alasan menghilang kerana menjaga orang sakit la tu kononnya n akhirnya diri yang selalu sihat terbabit sama. Ok waktu berlegar-legar kat sepital terpanggil la nak p konter pemeriksaan kesihatan. Free kan. Why not untuk g mengepoh kat konter tue. Hahahaha
Aceh Si Berlagak BMI & Kolesterol Unggul, Sehari sebelum kejatuhan kesakitan
  Jum kira ur BMI, senang jer = Berat (KG) / Tinggi * Tinggi (M)
Ok baper bacaan anda ?

18.5 below
Kurang berat badan. Ok jum makan lebey lebey skit.

18.5 -24.9
Normal. Yeayyyy sila berbangga k... 

25.0 - 29.9
Berlebihan Berat Badan. Ok kamu harus berdiet yerrr.

30.0 above
Obesiti. wooooo
Haaaa Bp Unggul Jugak. Juga Sehari sebelum kejatuhan kesakitan. Haha
Ok yang nie tak der nak kira kira DIY k. Korang p la klinik atau sepital . Kalo pergi farmasi pun boleh, korang di caj RM1 sahaja

Normal 
Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 tahun

Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 tahun; ubah gaya hidup
 
Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bulan; ubah gaya hidup

Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan

Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu

Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera

High Blood Pressure nie nampak cam tak seriuskan penyakitnya tapi Dr kata its a silent killer tau! Takut x? So korang p la test BP korang k? For those yang berketurunan sangatlah high risk. 85% daripada faktor keturunan. So know ur BP n take action now k? Jangan asik nak in progresssssss memanjang. Tau peringkat anda n mulakan rawatan seperti yang dicadangkan yer. Bolehhh?

Ok enuf about BP, nak sambung cerita, akibat happy terlebey n terbelagak lebih BMI unggul la BP unggul la amikkkk esoknya i plak terus sakit. Orang yang 2 tahun sekali sakit ni, kalo sakit memang laaa collapse ye dak? Penat g klinik kesihatan 2 kali sampai abis abis ubat i telan tak baik baik. X kira ag kena cucuk amik darah ag. Ewwwwwww sakit tau. Last last g farmasi jer.

Nurofen - sangat sesuai untuk demam yang datang pakej ngan sakit-sakit badan. Also Difflam - untuk sore troat. Makan terus kebas. Telan 3/4 bijik sure baik. Now Mata dah mula memerah. Aduyaiiii kalo kena ni mau cuti seminggu. Haihhhhhh bulan berpenyakitla this April.
Psssttt korang nak tau tak faktor kedua i sakit? Selain akibat bongkak wif  BMI & BP unggul?

Haaa terkejut Tipahhh. Api! Api! Api!
Haaaaa itu die. Kebakaran di tempat kerja ok. Terlebih hidu asap. Dah laaa yang terbakar betul betul atas opis i. Bomba kata cepat 10 minit, else bumbung rentung n runtuh akan collapsekan bangunan yang bawah-bawahnya. Alhamdulillah semua selamat kecuali seorang hero yang pecahkan cermin fire extinguisher, padahal ada jer fire extinguisher yang tergantung x yah pecah pecah berdekatan mangsa. Itu la bila panik semua x bley nak pikirkan. Penting untuk sentiasa pikir rasional n cool walau cemas camner pun yer. InsyaAllah semua dengan Izinnya. 

Jum jaga kesihatan. Eh ye ke? Lalalala
Juz Bebelan LidiaSuraya : Sesunguhnya penyakit itu penghapus dosa dosa kecil. InsyaAllah. Apa pun minumla air masak 8 gelas sehari ok? Nie asik nak air sedap jerrrrr. Ishhhhh. Degil yer.


Monday, April 16, 2012

Wooo Wooo Payless???

Arini nk story pasal shoe. Ewwww tiba-tiba rasa lamanya x shop for wedges. Ehhh alasan la tu nk wedges baru. Ok baru-baru ni, jalan-jalan di Jusco, terjumpa dengan Payless Shoe Source. Wahhh dah namanya shoes kan haruslah i senyum lebar-lebar. Hahaha. Saper yg nak blanjer i shoe? Sila angkat tangan? Ok Ok enuf for this month bajet for sopping k? Dah banyak sangat perabih duit ni.

Why Pay More? Jum Payless ? Ehhh bukan kata mode berjimat ke?
Ok, korang pernah tak jumpa Payless ni? Lain tau konsep berniaga derang. Kalo salu korang p kedai kasut mesti ada sebelah je kn? Then korang try cocok x ngan kaki? Then menyusahkan salesgurl tu mintak size kaki korang kn? Salesgurl carik kat store, kelek kotak n bagi korang try. Ehhh x size la, cuba carik yg besar skit? Ehhh pilih color yg hitam ni jugak k? Eh carikkan pattern yang ni la jugak yer? Yang itu, Yang ini. Pastu korang test n rasa bersalah x membeli n terpaksa beli? Hewhewhew

Semua satu rak ni saiz my feet ok? Ha larat sangat si tipah nie nak foodtest? hahaha
Dan lagi... Kasut sukan untuk jogging n badminton pun adoooo eh!
Konsep kedai payless ni lain sama skali ok. They display shoes dua dua belah n siap dalam kotak n siap susun rak ikut size ok. So kalo kaki anda size 6. Duduk la ngadap rak kasut tu, semuanya size 6 ok, terai laaa sebanyak mana pun, catwalk la korang situ, takder saper nk marah. Sukaaaanyaa i. Eksaited terlebey-lebey. Kalo kenan tak yah susah-susah panggil salesgurl. Terus grab ngan kotak-kotak n bayar. Rege pun sangat reasonable. Antara brand here adalah Airwalk, Zoe & Zac, Montego Bay Club, Lower East Side and etc. Also shoes designed by Christian Siriano available here. Ewahhh. Apa yang i like is wedges-wedges here look awesomeeeeeeeeeeeeeee. Huwarghhhhhhhhhhhhhh! Ok bukan hanya kasut wanita sahaja tau, men shoes n kids shoes pun ada. Geram tengok kasut for kiddos, sangat laaa omeeeeeeeeeeeeeel.

Rasa diri cam c Minnie Mouse yang katik plak bile i pakai this kind of heel. Ewwwww x sesuai tipah! Ha baru RM 30 n RM40 ok.
Ha Size Conversion. So x yah keliru keliru lagik? Soklan Cepumas :  Rasanya My Feet Size baper? 
 Lagi best bawak teman/hb/bf/sister yg ley comment every kasut yg u all nk terai tu. "Ehhh u look hot wif that heel laa!" ehhh " U nmpk rendah laa ngan that shoes" ehhh "I suka u pakai kasut ni la u nampak confident n anggun jer" ehhh "U look chomel wif that minnie mouse shoes la" ehhh "Why u suka wedges? Nak perasan tinggi ek?" ewwwwwww ye segala complen harus dipandang positive. Waweiiii!

Ohhhh i memang sangat n super confident while berwedges biarpun berinci-inci. Will try heel next time k?
Ok berkenan tak rasa nak try g Payless Shoes Source ni? I p kat Jusco Bukit Indah (JB). Rasanya kat Sunway Piramid (KL), Sunway Carnival (Penang) n Mahkota Parade (Melaka) pun ada. Lalalala.
 
Juz Bebelan LidiaSuraya : Ukurla kasut di kaki sendiri. Nanti terkecik n terbesar pasti x selesa kan? So agak-agak la yer jangan manjang nak belanja sesukahati. Ehhh. Walaupun i didnt shop any shoes here tapi tetap tersenyum girang kerana berjaya selamatkan pulusss. Wah mode jimat cermat plak skang k? Jum menabung!

Monday, April 9, 2012

Bandung | Tangkuban Perahu

Aloooooo. Aceh setelah sekian lama menyepi, kini kembali semula. Bajet kepulanganmu dinantilaa tew.. awwww perasan. Ok sorry yer teman teman lama dah tak ngapdet ni. Bz bebenar tapi biler pikir balik apa ntah yang dibzkannya hahahaha alasan sajer kan kamu. Ok jum arini i nak citer about Gunung Tangkuban Perahu. Dah berbulan wisata wisata baru kini ada masa nak bercerciter.

Cantek kan? Dulu katanya pelawat bisa turun ke bawah. Tapi kalo i, bagik free pun tak nak i turun bawah tu, buatnya terpelecok kaki tak pasal je kan?
Tiket : 
Rp. 13,000 warga indonesia / Rp. 50,000 tourist
Rp. 5,000 mobil warga indonesia / Rp. 7,000 mobil tourist
* Tips beli tiket : Biarkan ajaaa supir kamu berbangsa indonesia yang berkata-kata n belikan tiket untuk kalian yaaa.. ngaku jer laaa warga indonesia, murah skit tiketnya. Bijak ngak?

Ok tempat wajib pergi kalo reach Kota Bandung selain tempat bersopping-sopping, haruslaaa ke kawah gunung berapi ni iaitu di Taman Wisata Alam Gunung Tangkuban Perahu. Terletak di daerah Lembang, sebelah utara Kota Bandung. Tak silap dari Kota Bandung x sampai pun sejam, jarak lebih kurang 30 km. Disarankan korang pergi awal pagi k? Sebab dapat scenery cantek pagi n also tak yah beratur lama nak naik tue. Plus masa lain bley jimat p sopping.

I salu bernasib baik sebab x berkabus. While nak balik kabus pun menebal, tetiba jer.
Perjalanan naik ke kawasan pergunungan ini, korang akan nampak banyak orang menjual kelinci. Chomel chomel berlari larian dalam kandang. Again kelinci adalah arnab n bukan miaaw miaaw k? Tapi biler korang nak reach puncak, ramai plak yang jual satay kelinci. ewwwwwwww poor kelinci yang chomel dah jadik satay. Korang bley ker makan satay kelinci? I tak boleh ok, terbayang kelinci buat muka kiut tak bagik makan die. Tapi  kalo korang tak cakap belanja satay kelinci mesti i lincah jer makan bercucuk cucuk. Ketupat satu!!!
 
Feeling twilight plak tetiba. Mana plak my Mr Edward x dapatkan i ni. Cehhhh kan tipah dah perasan jadi Bella sat. Uwekkk rasa nak muntah!Teenggggg!
Tangkuban perahu nie terdapat 3 kawah gunung berapi, Kawah Ratu, Domas, Upas. Tapi i duk singgah bergambar kat Kawah Ratu jer, sebab bagi i sama jer dah nama pun kawah. So jimat masa sebab ari yang sama nak p berlibur di Trans Studio. Ok next entry nanti citer k? Menurut penjual kat sini ag, pakar geologi akan datang mengambil bacaan keaktifan gunung berapi ini sekali seminggu bagi memastikan ia selamat untuk dilawati. So korang tak yah panik-panik k? Ia selamat untuk dilawati n 1969 adalah tahun terakhir gunung nie meletup.

Ewah nasib tak der angin bertiup. Kemain berani bertenggek atas pagar. Tergolek kang terus jadik satay kelinci eeeeewwwwwww!
Ok kat atas ni tak der aktiviti lain kecuali snap snap gambar n aktiviti membeli belah. Korang tolong laaa kira betul betul betul betul betul. Wahhh banyaknya betul, sebab i dah terkena beli buah rasberry berharga RM75 untuk 3 kotak plus free sekotak strawberry. Kalah harga jusco korang. Haihhh camnelaaa tipah boleh tertipu tipahh oiii!!! Stresss laaa. Tue la punca i terus hilang mode bersopping kat sana aritu. huwawawawa

Ewwwww wajah tipah tertipu . Masih boleh tersenyum kelat, Kelasss rasberry ko tipah. Salu 5 ringgit jer ni ko kena titik sampai 25 ringgit. Damn!!!
Istilah orang bercinta " Lautan Api Sanggup Ku Redah" wah wah ye ye je kan? Baik "Ku Kunci Hatimu Di Dalam Hatiku" n nak lagik kejam campak kunci hati ke dalam kawah gunung berapi tu. Baru la orang lain tak boleh nak rampokkan? Ehhh mengarut jer hahaha
Dilupa jangan sejarah about Tangkuban Perahu. Dengar cerita lagendanya berkaitan kisah percintaan antara ibu n anak. Si ibu, Dayang Sumbi seorang wanita yang jelita n awek muda terpisah dengan anak lelakinya Sangkuriang. One day bertemu n jatuh cinta. Menjelang hari perkahwinan mereka, si ibu barulah perasan anaknya itu, lalu die membuat helah agar tidak berlangsungnya perkahwinan itu. Helahnya, dimintanya Sangkuriang membuat perahu beserta danaunya dalam masa satu malam. Dan bila hati dah sayang n jiwa semakin serasi, Sangkuriang sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menerima cabaran tersebut dengan meminta bantuan jin untuk melaksanakannya. Bila Dayang Sumbi mendapat tahu permintaannya hampir tercapai, lalu die berdoa semoga cepat la subuh. Maka subuh tiba dan jin jin tersebut berlarian tidak selesaikan kerja. Sangkuriang marah dan kecewa maka menendang perahu buatannya lalu tertangkup menjadik Tangkuban Perahu. Katanya dari bawah gunung nie kelihatan laksana perahu yang tertangkup. I lupa plak nak meninjau. Nanti kalo korang p boleh la tengok k? Chill n have a nice day!

Juz Bebelan LidiaSuraya : Arini malas nak bebel. Talking too much pun boleh buat orang muak! uwekkk :P esok lusa atau haaa kan dah mula balik kuat membebel. Dasar kuat omong ini orang yaaaa. Hu hi Hu hi :)