Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #10 : Kolam Nila ;)

Rindu My Ombak Besar while gedebushhh in pool! Oh puasa-puasa bestnya if dapat gedebushhh kan?
Venue : Kolam Nila, Marriot Putrajaya.

Monday, July 23, 2012

OST Dejavu Di Kinabalu

Hellooooo Selamat Berpuasa Semua. Entah kenapa arini mode malas bebel. Nenanti jer la i story morry about this Dejavu Di Kinabalu k. Jum layan ini OST. 

Ready untuk floatinggggg??? 
Meh rasakan penangan cinta Dejavu di Kinabalu.

Butterfly by Melly Feat Andika
Ketika waktu mendatangkan cinta, Aku putuskan memilih dirimu, 
Setitik rasa itu menetes Dan semakin parah...
* Bley ker di samakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga huhuhu

Langit Menangis by Nazim Othman aka Bazli
Seluas angkasa ku hampar cinta, Luhur hati hanya bagimu saja, 
Bagai udara untuk ku bernyawa, Dikaulah cahaya penyuluh jalan gelita
* Amboi waktu sayg pelita la bagai, waktu gado sesuka je nak cakap apa apa kan ? 
Nada suara tu dah lain kan? Haihhhh

Sang Rasa by Adeff
Mulut dan hati selalu bicara beda,Selalu, Izinkan aku bicara apa adanya,
Bahwa cinta pasti kalah oleh rasa di dada,Yang terpenting dari semua yang ada hanyalah,Rasa...
* Marah marah tapi tetap sayg kan? Ewwwww kalo dah marah ari ari setahun tak jumpa pun nak marah. What to say? Masih ada sayg, cinta or ... Tapi orang kata ikutkan rasa binasa. So caner tue?

Suatu Masa by M Nasir
Angin lalu, Kau sampaikan, Rasa rindu yang membara, Kepadanya
*Haaaa sweetkan main pesan pesan kat angin angin lalu. Apa kata pejam mata n rasai daku? 
Ewahhhh pleaseeee laa tipah oiii dah kenaper dalam hati ada taman nie plak haisssssshhh

Ok Sumpah Sweet gilerrrrrs bila main main text camni di zaman super teknologi tinggi yang ley watsapp sewenang-wenangnya. Haihhhh sweet kan? Agaknya kalo dalam kete selisih bley ke main tulis tulis camni? Ok dangerous
 Ok! Ok! Cukup cukup floating meh kembali ke alam nyata.

Entah kenapa cerita nie sooo tacing. Apa kesudahannya? Amar @ Bazli. Do Happy Ending Exist? Hohoho! 

Bebelan LidiaSuraya : Eh again terbebel jugak. Dah jum bazar ramadhan n jangan lupa tonton Dejavu Di Kinabalu at 7 pm TV3 okeh!!!

Thursday, July 19, 2012

Stress Ag Makan Ag - Kacang Pool Haji

Seperti biasa terapi minda i, stresss makan, makan stress ehhh tidak tidak. I bukan type yang akan makan banyak kalo stress tapi bila stress, rasa nak makan sedap sedap n x mene mene mengidam itu n ini. Ngader bukan? hahahahaha. Ok meh share about ari yang stress semalam

Faktor-Faktor Stress 
1- Rim kete asikla crack crack n crack serupa gajah yang bawak kete.
Faktor Stress :
Kena tambah hutang nak ganti rim baru n tayar nan botak. Dah la rim tak cantek. Stresss tipah!
2- Semalam training di AG, Komtar. I tot dah runtuh bangunan tue rupanya tersergam ag.
Faktor Stress :
X der parking lot for visitor, hanya ada for staff jer n area tue area construction abis becak becak kasut glamor i eeeeewwwwwwwwww. Tambah Stress tipah!

Ok singgah lunch wif vanilla milk shake n pretzel sour cream dulu... ok release skit stress. Tarik nafas panjang-panjang carik mood nak blajar training sat ag
3-Dah tak der parking kat area Komtar, maka dengan perasan bijak n yakin bergaya parking kat City Square.
Faktor Stress :
Hasilnya parking fees mahal, damn! Tak tau ker tengah bulan nie. Beli pretzel pun lepas dari bagi mesin nie duit  aduyaiiiiiiiiiiii. Stresssssnya tipah!
4- Training yang ntah paper
Faktor Stress :
Dah tau training nie kena buat online bley plak x der tenet maka kami nganga nganga n buat buat angguk paham. Benarnya nak abiskan kelas awal tapi x paham sehabuk pun. Stresssssssssssnyaaaaaa tipah!
Cikgu training semalam ni "man in pink". Sapa kata "man in pink" busukkk? wangi ok lalalala. Terserlah manly walaupun in pink. So lelaki-lelaki jangan segan pakai pink k, Asik color selamat jer... bosan lol!
Bley plak tengah-tengah stress, msg berbunyi 
"Pusat bandar kat mana? Naper i kat area Pasir Gudang nie" 
"Uiks itu Pusat Bandar Pasir Gudang, bukan Bandar JB laaaa"
Bley plak my fren dari jauh sesat till ke Pasir Gudang waktu i tak der kan.
* idea muncul untuk jadikan mangsa layan i makan Roti Kacang Pool. Aceh!
* Muka bling-bling ceria
"Ok tunggu situ nanti kita p makan Kacang Pool ok"
"Apa tue? bubur kacang ke? pau kacang?"
"Nanti sat g makan laaa baru tau."
Ewwwww banyak citer plak tak sedar diri dah susahkan i sesat sana sini.

Lincahhhhhh vroommmmmmm (ok tipu x naik moto pun) terus ke ...

Kacang Pool Haji di Plaza Larkin betul- betul belakang Terminal Bus Larkin. Dengar citer dah bukak branch di Plaza Angsana plak.
Inila dia Roti Kacang Pool. Makan ngan roti bakar yang tebal tue. Sekali cuba mesti nak lagik.
Rege : RM4 je 
* mode kedekut blanja member dari jauh makan roti kacang pool jer
"Amacam sedap???"
"Sedap.. rasa nak tapau laaa"
Danggggggg kan dah cakap tadik makan sekali mesti jatuh cintan.
"ok tapau 3!!!"
Benarnya 2 tue untuk i... ngeh ngeh
*Sekali jatuh cintan memang cintan abis laaa

Makan wif cendol pun sedap. Rege : RM2.50
Perangai betul c Tipah nie, konon faveret cendol tapi tak makan cendol. Huhuhuhu bebukan jer peel!
Juz Bebelan LidiaSuraya : Terpikat kata kata motivated from my fren "ur life so unique, enjoy it. Dont get stressed!"  Betul gak kan? Bila rasa diri unique aka special kan kita rasa happy n bahagiaaaa. Terussss rasa happy n nak jejolly like jelly bean! lalalala.
 

Friday, July 13, 2012

Senibonggggg Wif Laici!

Disebabkan selera makan masih meruntun...so arini masih ag dalam mode jelajah cari makan. Ye laaa bila tak der mode camni harusla pandai memujuk hati supaya makan bebanyak, kang x makan tiup angin terterbang plak huhuhu. Di sebabkan ramadhan pun semakin hampir, so haruslaaa makan-makan sedap sebelum pose tapi hakikatnya ganti pose pun x bis ag lalalalala.

Ok destinasi today is Anjung Senibong, mana ag kalo bukan di Senibong, JB. Buka pose here sangat moment tau coz sambil buka pose ley tengok sunset. Waweiiiii romantika di amooor gituz...Awwwwwww.

Gini le ghuper restaurantnya di senja2 hari. yang lampu panjang-panjang tue 6 corner yang meriah.
Sebenarnya i x penah makan kat Anjung Senibong ni pun, arini terpengaruh wif set-set yg tersedia. Bagus taktik berniaga derang nie, depan depan kedai dah ada tepek menu set so korang tak yah la gusar kalo terlebey budget ke apa kan. Almaklum tengah bulan kena budget-budget skit. Sebenarnya kaki nak melangkah ke 6 corner tue, tapi tengok ramai n i pose, ada i buka azan isyak plak kang. Haruuuuu kan. So lincah lincah tengok menu, order n ngap ngap n blah...

Set for 10 pax is RM300, 6 pax is RM150 n 2 pax is RM49. Kami pilih set E tapi request ganti sotong wif butterrrrrr prawnnnnn nyummy. Lama tu ngidam tapi x dilayan huhu, semua nak dilayan kang buntal jadiknya.
Berbuka wif laici, mode x ok memang akan minum air sedap-sedap kalo mode ok i akan minum milo tarik jer. Eh sebenarnya laici ni include in set tadik. Lupa plak nak mintak add on jadik Teh O Laici mesti lagik sodap kan?
Tinggggg magic - sekelip mata dah sampai foodnya. Maybe sebab set so they prepare pun cepat. Terbaek laaa ayuh buka pose
Ikan 3 rasa : ok sedap tapi kuah skit lupa nak pesan kuah lebey.
Butter Prawn : halllaaaa nak yang butter x garing :( Frust ag..... so bley teruskan mengidam butter prawn
Tomyam Seafood : Sedap secukup rasa masam manis semua ngam. Hirup sampai licin tu.
Kailan Ikan Masin : Banyak batang jer ingat i kelinci ke? Ehhh rasa so so jer ikan masin pun so so jer.
Ting magic ag - dah bersih dalam berkelip2 mata hehehehe. udang pun kopek sendiri huhuhu.
Alhamdulillah konyang den dengan rezkiNya. Ok done :)

Semalam pose, arini berjubah buat julung julung kalinya. So harusla memotret diri sendiri. Awwwwwwww
 Juz Bebelan LidiaSuraya : Ramadhan nak dekat dah, sudahkan anda ganti pose tahun lepas? Lalalala.

Tuesday, July 10, 2012

Lambakan Nasi Goreng Seafood Stulang

Hai. Ok arini mode sangat bosan, so meh i citer slot jelajah carik makan i. Jelajah la sangatkan, padahal kat area JB je. Hahaha. Dah lama sangat kepingin nak mengetest this Nasi Goreng Seafood Stulang. Ramai dah berjanji nak blanja tapi x terpergi pergi pun. So semalam atas dasar mode x best so harus la p dating mencarik makan sedap sedap. Google punya google still confuse kat mana laaa gerainya sebab kat area stulang nie memang banyak gerai pun.

Sorry yer boss not in mode nak p course, i nak p cari makan makan sedap. Ehhhh ingkar yer tipah. Adoiiii
Setelah terpinga-pinga carik gerai baca kat blog ada yang kata kat sebelah 7 eleven tapi tengok-tengok kedai henpon. Ngan ramahnya i tanya jer, mujur bertanya kalo tak sesat jalan. Memang gerai nie terselindung pun. Kalo dari jalan utama stulang tu akan nampak Restoran Zorro, so korang kena jalan till ujung blok yang sama tapi belah belakang. Sebelah tu ada kedai bundle kasut. Kalo x bertanya tadik memang sesat. Dah la restoran nie tak bernama, pelik sungguh, ke i je rerabun ayam ni adoiiii.

Ha gini je ghuper gerainya, payah betul nak carik kat tepi tangga rupanya tersorok.
Kat sini famousnya is nasik goreng seafood, those tak makan seafood huhuhu jangan sedey, bley makan mee hun ayam jer. Nasik goreng sini digoreng ala ala tepanyaki. Tu yang lainnya kot x pakai kuali. Cam biasa i order milo tarik, salu kalo order minuman panas mesti cawan kecik jer kan, ini gelasnya sebesar gelas juice.

amboi abang nie malu malu plak i snap gambar.
Ha teka apa di dalam? Jeng Jeng Jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraaa pastinya ... Nasik Goreng Seafood,  bungkus daun pisang tu!!! Tetiba teringat nasik ambeng huhuhu. Lambakan ok, memang banyak, terkulat kulat i nak makan tapi biler bersembang-sembang tak pasan plak dah clear. Hahahaha

Dilupa jangan si Siakap Bakar, kechewa pari pari dah abis huhuhu. Tapi tetap sedap!
Memang sedap ok nasik goreng seafood ni, padal la glamor. Kalo tak silap i rege Nasik Goreng ni RM8 kot n Siakap tu RM28.  I rasa la sebab orang yang belanja tu yang rasa super sedap tue kot. Hahaha. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati. Tot dah makan sedap mode is better.. tapi... :( Jum rini nak carik makan apa plak yer?

Juz Bebelan LidiaSuraya : Ways to terapi minda ; makan makan, jalan-jalan, sopping-sopping n mencantik-cantik. Camner gaya anda terapi minda yer? Haaaa tau tau... mesti p karaoke ni? men bowlink? renang renang ke tepian?

Wednesday, July 4, 2012

Seindah Sakura

Hi! Sorry yer lama menghilang, bz wif life yg macam macam ni. Huhuhu. Ok kalo salu i review sesi tonton d awal siri drama supaya korang terpengaruh nak tgk, but this time i review setelah abis pun siri drama ni, dengan harapan... meh komen endingnya! Korang layan x this story? Alaa heroinnya Fasha Sandha as Syakira dan heronya Fahrin Ahmad as Aril tu.. I memang x baper minat ngan Fasha ni tapi bagi i dlm drama ni Fasha berjaya buat orang lain think positif pada her. Fahrin, memang i minattt pun.. Eh! Fahrin bile nk kawin yer? Mesti tunggu someone kn? Wah wah... Eh memandai...

Alahaiii cinta bersatu di Parisssss. Sama je cam Ariana Mikail. Bersatu cinta semulaaa mesti di Parisss, harusss kaa? So sesapa nak p Paris jum menabung rm200 sebulan hahaha
Syakira dalam this story seorang yang cekal hati, tabah, sabar dalam tempuhi kehidupan her yg penuh pancaroba. Acececeh. Tidak ketinggalan she seorang yg degil jugak n kuat melawan. Biasa laa tu setiap orang ada kelebihan n kelemahan memasing, dah namanya manusia ye dak? Tapi yang penting try to balancekan dalam kehidupan anda. X yah laaa korang tau kelemahan diri n terus anggap ia sifat sifat dari lahir ag kan? No No No! Yg lemah try perbaiki ok, contohnya anda x geti memasak maka anda pergila belajar memasak n rajin rajin memasak k. Gerenti 1 ari nanti korang pandai memasak n dapat memasak dengan sedap. Ok yang memang kelebihan diri anda plak try maintainkan yer. Contoh anda seorang yang cool n penyabar, so dalam apa keadaan pun korang mesti cool n bersabar. Haihhhh tipah munasabah diri nampaknya di pagi pagi hari ini. Ok enuf kembali kepada Seindah Sakura...

I memang tonton this story siap tetes tetes air mata terutama di part part awal sebab c Fasha ni kena survive sendiri setelah ditinggalkan her mom. Memang sedey bila ditinggalkan orang yang tersayang n she setiap masa manunggu kepulangan her mom di tepi pantai. Yang bagusnya, she sentiasa think positive tentang her mom walaupun sangat terbeban n sengsara ketika menjaga onyangnya. Kredit jugak to onyang lakonan Mak Mah yang mampu bawak watak onyang dengan jayanya.

 
Buatku Di Sana by Mafa Feet Ronnie OST Seindah Sakura | Usah menangis sendiri, Sayang ku kan pergi, Senyumlah usah meratapi, Kala ada masa kita ditakdir yang Esa, Cukuplah buatku disana...
 Aku bagai bintang menghiasi alam maya, Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya, Detik percintaan persis satu anugerah, Aku pinta hanya bercinta... Ewah jum layan lagu nie. 

Kemudian hadir la Aril dalam episode hidup Syakira apabila Aril ditugaskn sebagai guru di sekolah Syakira. Pada mulanya mestila sentiasa bergado berdua sebelum cinta itu berputik. Aril sentiasa mencari kesalahan syakira kerana bagi him Syakira seorang pelajar yg bermasalah n harus didenda. Syakira plak memang malas melayan perangai Aril kerana bagi her orang cam Aril memang x akan memahami masalah her yg idup dalam kemiskinan. So dipendekkan citer, 1 day Aril tersedar n try perbaiki kesalahan him dengan sentiasa memberi kata-kata nasihat.

Seindah Sakura - jadilah seperti bunga sakura, walaupun jangka hayat kehidupannya singkat namun tetap cantik. Maka kita as manusia selagi ada hayat, teruslah indahkan hidup kita dan jangan amik peduli hal hal remeh yang berlaku. Sweet kan? So indahkan dan ceriakan la hidup anda. Try make urself happy, only diri kita jer yang tau camner nak happykan diri kita sendiri kan? Cam i suka jer nak p melabur kat spa spa untuk memotivasikan diri. Sooo relaxing. Eh kan kena jadik sakura, hidup singkat tapi tetap cantek. ok enuf k tipah, c hebat memberi justifikasi. Aceh!

Sebenarnya korang happy x tengok ending Seindah Sakura ni? Happy ending cam Ariana Mikail. Yeay! Kisah cinta yg suci akhirnya bersatu juga, biarlaa apa pun halangan akhirnya bersama n live happily ever after. Ewahhh cam story dalam bedtime story kanak kanak plak kannn? Tapi mesti ada yang pikir sepatutnya Syakira berbahgia bersama paksu Aril kan? Kerana he yang menjadik hero sebenar sebab selamatkan Syakira n berkorban a lot untuk Syakira kan? Tapi dah memang jodoh mereka setakat itu n sungguh mulia hati Paksu Aril ni hingga sanggup melepaskan Syakira untuk mencari kebahagian yang sebenarnya. Weeeewitttt. Cayala Dato Eizlan. :)

Cam kata orang asam di darat, ikan di laut bertemu juga jadi gulai yang nyummy. I likeeee hirup hirup kuah ni cam soup. Eh gulai ke asam pedas ek?

Ok now slot akasia ni diganti ngan citer Dejavu Kinabalu. Jum layan, best tau about cintan cintun jugak, even umur tak panjang jantung yang masih berdegup tetap terus mencintai kekasih hati. Eh camner tue? Nak tau jum layan Tizz n Aqasha dalam Dejavu Kinabalu.

Juz Bebelan LidiaSuraya :  Esok Nisfu Syaban, arini jum tutup buku lama n buka buku baru. Ayuh...